Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 15 December 2011

perempuan meroyan

Meroyan ni sinonim dengan perempuan lepas beranak. Bila dia boleh jadi gila, tak dapat control emosi atas sebab2 tersendiri. Tapi kalau namanya perempuan, tak beranak pun boleh meroyan haha. Aku jarang meroyan, sebulan sekali mungkin, time nak period.

Time tu Ya Allah, Tuhan je tau betapa upside down nya mood aku. Aku jadi pendiam, tapi aku try masuk dengan joke kawan2 so that I can laugh, tak de la rasa nak cabut kepala letak dalam washing machine. Time tu, semua benda nampak tak kena di mata aku. Orang cakap hai berserta smiley comel pun aku rasa macam dia nak cari gaduh dengan aku.haha Gila tak? Ha tu la, korang ingat senang jadi perempuan? Nak control perasaan sendiri agar tak meletup tu memerlukan jati diri yang tinggi. 

Tapi inilah yang kitorang kena hadapi untuk masa depan yang gemilang huehuehue. Pengorbanan seorang wanita auwwww. Kau tak nak moody, kau tak payah period, kau taknak period, kau tak payah ada rahim, tak de rahim maknanya takde anak tahu! Perempuan mana tak nak anak weh. Comel sangat kot makhluk tu. Bayangkan nanti dalam badan kau ada manusia lain, tak rasa macam magik ke? haha. Aku dengan kawan2 kalau takde buat apa, malam2 bukak youtube tengok baby2 comel, tengok gelagat2 dorang, so adorable. Lepas tu masing2 meroyan nak anak padahal batang hidung suami pun tak tahu yang mana 1 :P Tengok video ni, nak anak pleaseee :P

Ada setengah perempuan untung, dia takde fasa nak moody tak tentu pasal ni, kadang2 tak sengugut pun. Aku punya sengugut tak payah cakap la, da setengah botol ubat aku telan, sakitnya tetap menusuk ke pangkal rahim -_-. But it's okay, sebulan sekali je pun. Allah da cipta aku jadi sempurna pun more than enough. Tapi faham2 la kalau sebulan sekali kau nampak muka aku macam nak telan orang :P

2 comments:

  1. senggugut menyiksakan jiwa dan raga...sampai tahap tendang dinding T.T

    ReplyDelete
  2. haha tau xpe. smpai rse nk kuarkan rahim, perah2 kan darah :P

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance