Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 9 December 2011

banyak yang perlu diperbaiki

Menipu kalau aku cakap aku tak pernah fikir pasal kahwin, jadi isteri orang, jadi seorang ibu. Naluri wanita tu kot weh. Oh ada naluri kewanitaan jugak rupanya kau Nadia, ingat keras kojang takde perasaan :P 

"Perempuan baik untuk lelaki yang baik"

Selalu aku dengar ayat ni, dalam al-Quran pun ada sebut. Perempuan baik = Nadia Roslan. No! No! No! Tak sampai piawai lagi. Banyak sangattttt yang perlu diperbaiki lagi. Baik ni universal. Whore yang hari2 bagi pengemis makan, tak kan kau nak cop perbuatan dia tu jahat? Mesti baik kan? Walaupun dia kerja tak senonoh.

Tapi baik dari konteks agama tu yang payah nak kecapi. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Memang hidayah milik Allah, tapi kita kena usaha untuk menggapainya. Tengok diri aku kat cermin, memang comel orangnya hahahahhahahahahahhahahahaktuih! Ok serius2, muhasabah balik diri, aku memang tak layak lagi kat mana2 imam muda. Bukan Imam Muda dalam astro oasis tu weh, tapi bakal imam aku ;)

Perlahan2 la perbaiki diri, buat baik biar ikhlas. Nak betul2 ikhlas tu kena ajar diri jugak, bukan senang nak jadi ikhlas seikhlasnya. Ikhlas kerana Allah. 

Bila aku tengok zaman sekarang, dengan macam2 masalah sosial, kadang2 aku tertanya, mampu ke aku nak mendidik khalifah2 kecil aku nanti jadi 'manusia'? Perghhh keibuan oh aku fikir pasal anak padahal bertunang pun belum. haha. Aku pernah cakap hal ni dekat kawan, then dia cakap 'didik diri dulu jadi baik, InsyaAllah mampu didik anak2 nanti, cari suami baik, didik sama2' (sentap)

Ya Allah, jadikan aku wanita yang solehah kepada Mu, kepada kedua ibu bapaku, kepada jodohku, kepada bakal anak2 ku, dan kepada seluruh umat manusia. Ameen

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance