Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 31 December 2011

2012, I dare you to behave. ehem

Nama pun negara pernah kena jajah dengan orang Barat, da jadi adat sambut New Year lagi meriah dari sambut Awal Muharram. Jangan nak nafikan fenomena ni la. Kat FB da banyak status orang tanya nak sambut New Year kat mana, apa jadah ntah tanya orang, suka hati kau la haha. Aku macam biasa, selalu kalau dekat rumah aku mengadap TV ke laptop ke. Sebab tahun ni dekat UUM, mengadap BUKU la woi, nak exam woi haha. 

Pernah la sekali sambut kat KL, tengok bunga api dari rumah. Untung rumah atas angin, jelas sikit nampak, rasa boleh gapai fireworks, hmmm kelas kau jah fireworks bom kebabomm giteww. huehuehue. Bangsa aku nak bercrowded tengah2 bandar tu, idakle! Pasar malam yang ada syurga makanan tu pun tapi kalau crowded aku tak nak pergi. Inikan nak buang masa tengok bunga api, derrr sangat! Ye, aku memang demand, I hate crowded place, langgar sana sini, rasa kehormatan diperkotak-katikkan huhu

Macam biasa, azam tahun lepas pun tak tercapai, ke takde? Tahun ni berazam nak jadi matang, tak nak degil, nak perbaiki diri, nak kahwin. Nak kahwin tu bukan untuk tahun 2012, itu azam constant tiap tahun sampai la da kahwin hahahha. Semalam aku dengar ceramah, orang yang mati sebelum sempat berkahwin, kat syurga nanti akan kahwin dengan orang yang tak kahwin2 sampai mati jugak. Apa aku tulis ni? Maknanya, jodoh korang akan dipertemukan kat syurga, dengan syarat kena masuk syurga la. Alolo, macam sweet je. Acecce korang konon, sekali aku pun tak sempat kahwin bahahha -_-. Tak mustahil orang yang single yang meninggal sekarang, mungkin dia jodoh korang. Gulp! Kalau aku tak sempat kahwin, hey jodoh, jumpa kat syurga eh? InsyaAllah :)

Sejarah 2011, biarkan ia berlalu pergi. 2011 banyak mengajar aku, banyak sedarkan aku, yang keseronokan di dunia ni hanya sementara. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku. Dia selamatkan aku dari terus hanyut, Dia temukan aku dengan life saver, Dia sedarkan aku yang banyak lagi perlu aku sediakan sebelum bertemuNya. Terima kasih Ya Allah, terima kasih :') Jadikan aku manusia yang lebih baik dari sebelum ni. Ameen :)

2011, bersemadilah dengan aman. 2012, datanglah padaku dengan aman haha 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance