Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 1 November 2011

Sehari bersama mak

Disebabkan line FB gila sikit malam ni, izinkan hamba merapu kat sini. Tak nak baca sudah =P Apa aku nak merepek ni labu? Sumpah bosan! Kerja ada, tapi sebab lagi sikit je nak siap, sambung esok la huehuehue. Sungguh hangat2 tahi ayam aku ni. Ni yang aku malas duduk rumah. Banyak sangat dugaan weh! Dengan TV lagi, peti ais lagi, budak2 lagi. adik ajak keluar, mak ajak teman pergi pasar, banyak sangat komitmen sampai lupa yang aku ni student lagi.

Tadi mak pergi kedai emas. Mak aihhhhhhhh mahal gilos emas sekarang! Tercekik otak mendigest nilainya. Bakal en. suami, tak yah susah2 la beli untuk I emas nanti, Lamborghini sebijik pun cukup, lagi murah dari emas kottt! Then aku tengok satu cincin emas putih, aku tak suka sangat emas kuning, Myvi Kuning Lagi Best aku suka :D. Seketul cincin besar mata kucing tu je dekat2 500++. Perghhh, mana mampu! Nak beli cincin tikam 20sen pun aku mintak mak duit syiling -_-. Aku saja tengok sebab aku da ada cincin 2 ketul, nak banyak2 buat apa? Ingat aku mami jarum?

Cina Kedai : angkat la adik, suruh tunang kasi
aku : *telan air liur. Kalau ada tunang, dengan kedai2 ni saya angkat maa
mak : Dia belajar lagi, lagi 2 tahun baru habis
cina kedai : haa saya kasi simpan, lagi 2 tahun lu datang sama tunang kasi angkat la

Hoiii! Gelojoh benar habis study nak tunang terus! haha Tak logik la lu nyonya, lagi 2 tahun, design tu pun da ditelan zaman. Bila mak cakap aku habis belajar baru boleh fikir benda2 perkahwinan ni, Cina tu terus cakap 'Jodoh, mana tau maa' hahahha Kemain pandai cakap pasal jodoh! Mak gelak jee. :D

Da lepas malas nak layan Cina tu, aku dengan mak pergi KFC melantak. Then ada 1 couple ni celebrate ape ntah, ada kek. Sebab dorang hanya berdua, dorang bagi kek kat kitorang sikit. Murah rezeki, da la melantak ayam, dapat kek pulak tu. Moral of the story; Nak celebrate apa2, ajak la ramai2, baru meriah haha

Eh da tak tahu nak merepek apa. Kenapa buah pinggang aku dua2 berdenyut ha? Macam ngilu2 giteww. Aku google, ni jawapan dia ; akan ada orang jatuh cinta pada anda! Hanggukkk kauuuu!

*tadi pau mak sandal BARU. 

2 comments:

  1. perenggan last buat kite tgelak besar kak beron!! :D

    ReplyDelete
  2. hahaha -_-'' org tgh serius, google main2 plk =P

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance