Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 28 November 2011

salam Awal Muharram

Kali ni aku sambut tahun baru kat KL. Siap ada bunga api bom kebaabommm! Ok menipu. Aku datang sini sebab nak attend pakcik bongsu aku punya reception day, sebenarnya lebih kepada niat nak keluar dari hutan Sintok hehe. 

Aku naik bus Khamis petang dari Changlun and sampai 2.30pagi Jumaat kat Klang. Nama bus kemain menyejukkan hati 'Cepat Sedia', aku rasa dia tak habis type, mesti slogan dia sepatutnye 'Cepat Sedia Menerima Makian'. Hangguk kau la, tiap exit nak berhenti, setiap perhentian nak melawat! Nak petak punggung aku duduk lama2, nak shuffle tak manis pulak dinampak abang muka ala2 hero Adamaya auwww! Nasib baik dia tak masuk Penang, kalau tak memang aku pergi letak pisau kat tengkuk driver bagi warning jalan terus jangan brek2!

Nasib baik ada kawan yang budiman, sudi paksa housemates yang lain datang dari hutan legend Puncak Alam ke Klang nak jemput aku di pagi yang hening. Thank you so much Tqah and friends (macam Barney and friends pulok hehe) sudi jemput, bagi tumpang rumah, sudi gosip sama2 dalam bilik. Hansap sangat baru kenal boleh gosip sama2 haha. Typical Nadia la kau ni Beron! -_-''. Esoknya aku ikut Tqah pergi family day course dia. Sumpah muka tak malu, orang tak jemput tapi datang.

Hari ni selesai la sudah majlis uncle aku. Alhamdulillah, semua berjalan lancar :) Esok boleh sambung shopping dengan senang hati haha. Teringat sorang cousin aku, Haikal. Aku jarang jumpa dia, pemalu ya amat weh! Aku main cuit2, tak pandang langsung, jeling pun manja2 je. Ingat aku nak ngorat dia la tu, mentang2 handsome. Sumpah lelaki Melayu terakhir kau Eykal! Inherit sikap malu aku la tu hahahahahhahahahaktuih kau! -_-''

Salam Awal Muharram people. Moga tahun ni lebih baik dari yang lepas. Ameen :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance