Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 10 November 2011

positive minded must come with positive attitude

kawan : penatla hidup
aku : pergilah tidur
kawan : aku penat dengan hidup la, bukan badan
aku : pergi mati
kawan : kuangjaqqq 
aku : hahahaaha

Tak dinafikan kadang2 aku pun penat dengan apa yang jadi sekeliling aku, rasa tak mampu nak carry the burden. Rasa malas nak fikir apa2. Tapi kita tak boleh mengeluh, selagi bernyawa, redah je apa jadi. Tak kan stress terlanggar burung sampai mati pun sampai nak bunuh diri, ye dak? Hari ni sedih, tak semesti sedih sampai esok, mana tau esok tiba2 dapat tau arwah nenek ada tanam RM2 juta untuk aku bawah tanah haha Perghhh tak nak aku jadi gadis terkaya kat Malaysia secara tiba2 pulak. Mula la mak2 datin rambut singa nak merisik aku buat menantu. Perghh berangan tak nak merapu pulak aku ni.

Aku orang yag easy minded, aku tak suka fikir hal remeh temeh temah senah joyah kiah sume, aku tak suka serabutkan fikiran aku dengan perkara2 yang tak datangkan interest kat aku. Que Sera, Sera, What will be, will be. Aku hidup buat masa sekarang, aku tak fikir sangat apa yang akan jadi, and aku malas nak ingat apa yang da jadi. Apa yang akan jadi, aku akan menagis ke, meraung ke, meroyan ke, bergelak ketawa ke, redah je la (angkat2 kening)

Andai kau peroleh bahagia, ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara, ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara

Tak ada apa yang kekal dalam dunia ni. Mak yang lahirkan aku tu pun pinjaman je. Aku ada beli buku Chicken Soup for the Soul; Think Positive. Buku tu memang very inspired and motivated. Ada 101 cerita macam mana positive thinking boleh bagi kesan yang positif dalam hidup kau, tapi aku baru baca 20 cerita, tak khatam lagi haha

Buku tu ajar yang kita kene appreciate every little things dalam hidup kita. Ajar yang everything happens for a reason. Ajar yang positive thinking boleh ubah pola hidup kita. Setiap dugaan yang datang, they take it positively. Lost something, means gain something new. Allah knows best. Ada seorang perempuan hilang kerja dia, dia da jadi antara pekerja yang paling berjaya dalam company tu. Dia down dalam 2 3 hari je, then dia biasakan diri dia dengan urusan household, sebab sebelum ni sah2 dia tak biasa, asyik kerja je. After that baru dia realise yang kalau dia tak hilang kerja, sampai bila dia tak sedar betapa pentingnya keluarga kat dia. 

So fikir2 kan lah. Don't be to pessimist. Jangan menyerah sebelum fight, jangan berserah sebelum usaha ;) Tapi kenapa bab pelajaran tak habis belajar pun da tawakal awal2? Erk!

3 comments:

  1. dlm byk post ad yg sesuatu patut disokong
    post ni bagus..
    bleh blajar jd motivator dgn beron :)

    ReplyDelete
  2. betul ! kene always positive ! hehehe <3

    ReplyDelete
  3. muiz; haha ok nk tukr profesion la ;P

    fatyn; fatynnnn! lama x dgr cter hee. tu la, b optimist what ever hpen :)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance