Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 7 November 2011

Penumpang dunia

Aku tak tahu kenapa aku tak pernah ada aura nak sambut Raya Haji, kena tunggu pergi tunaikan haji baru ada feel tu kot. Hari raya Aidiladha aku macam hari2 biasa je, seumur hidup aku, tak pernah aku berpakaian tradisional time raya haji. Satu je aku suka bab raya haji; mewah dengan makanan. Tapi aku tak suka rendang sangat tapi aku makan je nasi dengan rendang tapi lemang pun aku tak suka sangat tapi aku rasa nak sepak diri sendiri sekarang

Disebabkan mulut sentiasa bermakanan, lupa nak on TV, raya ke-2 baru aku dengar takbir (kantoi tak pergi solat raya). Ada satu lagu baru Maher Zain ft Irfan Makki tajuk Waiting for The Call pasal haji, sedap lagu tu, aku tak pernah dengar, tapi dengar orang komen hehe. 

Bila aku tengok dokumentari (perghh rasa macam ilmuwan type word dokumentari) pasal orang menunaikan haji, sumpah teringin sangat nak pergi. Bila agaknya? Mintak2 la sempat sebelum disumbat dalam liang lahad. Adik aku da daftar pergi haji dekat Tabung Haji, dijangka pergi lagi 20-30 tahun! haha Rasa macam lama kan? Entah hidup ke tak lagi, insyaAllah :) Aku? Aku akaun dengan Tabung Haji pun takde! Takpe, suami ada hahahahha Konfidennnn! InsyaAllah nanti aku usahakan ;)

Ikut kepala otak aku, memang aku nak try melawat rumah Allah time aku sihat kuat dan berketrampilan unggul, kot2 terjumpa jodoh dengan mat Arab hahahahha (niat jaga Beron!). Nak pergi sekali dengan mak ayah, adik2 tinggal takpe, hidup kena selfish huahuahua. Takdelah, kan best kalau dapat tunaikan satu keluarga? =') Amin

Lepas tu baru aku fikir nak pergi melawat bahagian dunia Allah yang lain. Australia must be the first choice after Makkah. Aku tak tahu kenapa aku nak sangat pergi sana dari aku kenal negara tu lagi. Rasa nak pergi menunggang kangaroo. Kalau kaya rasa nak beli rumah kat sana. Kalau nak sambung master pun aku rasa nak pilih U dekat sana. Kahwin je tak nak dengan orang sana hahaha.

Makkah, waits for me pleaseee :)

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance