Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 11 November 2011

Kuala Kangsar bandar metropolitan di hari Jumaat

Aku tak tahu apa masalahnya, kalau hari Jumaat je, KK mesti jadi macam KL, mana datang manusia entah, tak kan hari yang mulia je semua rakyat jelata KK keluar bersosial? Mungkin sebab ada pasar tani depan market kot, biasalah bini2 berkerjaya, hujung minggu baru ada masa nak tunjuk skill bersilat di dapur. Tadi makcik aku suruh tolong pergi belikan ayam, dia suruh naik motor, sebab dia jenis bangsa malas nak bersesak-sesak dengan kereta2. Maka setelah mintak upah sepeket dua keropok, aku setuju la nak tolong dia belikan ayam, mee and sayur-sayuran. Mak2 sangat.

Aku pergi merempit, then Fakhri, cousin yang masih memakai baju tadika nak ikut. Mula2 dia duduk belakang aku atas motor. Memandangkan dia kanak2 belum mumayiz, dan kurang stabil, aku bagilah dia peluang peluk pinggang aku walaupun aku ada aura geli, tapi boleh tahan. Tiba2 dia cakap 'Nak duduk depan la, ayong ni kurus, lembik pulak tu' -_-'' Mahngkokkk sangat kau! Bapak dia gelak gila. Nampak sangat aku tak sedap dipeluk, tak kemas dia nak peluk, lepas tu aku betul2 kan badan sebab tahan geli, tu dia kata aku lembik -_-''

Sampai satu traffic light, dia ada cakap something dengan aku, tapi sebab environment bising, aku tak dengar, just ha ha kan je. Sekali dia tekan hon kauuuuuuu! Tengah berheti dekat traffic light yang kau tekan hon kenapa pandai? Semua mata memandang, tambah2 mat motor. Mesti dorang ingat aku yang suruh Fakhri tekan. Malu woihh malu, da la helmet open. Rasa nak turun motor masuk naik dalam bus -_-'' Aku buat2 usap helmet dia, bajet mithali, padahal aku ketuk haha. Sabar je la edennnnn.

Hari ni semua orang bising tarikh cantik. 11.11.11. Malam ni sorang pakcik aku bakal menjadi suami orang. Moga berbahagia hingga akhir hayat hendaknya. Orang yang suka nombor, mesti nak buat something best di tarikh yang best. Ramai yang kahwin hari ni, paksa anak keluar dari rahim pun ada. Bagi aku yang kayu ni, its just a date hehe. Kecoh ye nak nikah tarikh cantik. Takpe2, mentang2 aku tak dapat kahwin tahun ni, nanti aku nikah 1.5.15,jemput la datang, pengantin lelaki rahsia, sebab diri sendiri pun tak sure siapa! hahahahah

2 comments:

  1. hehe...tp kan..sy ingat g msa studen lu kt maktab..spnjang bljar..x pnah p outing kk..kcuali time nak balik umah.sbb kna nek bas dri kk..=P

    ReplyDelete
  2. ha x pernh outing kk? ruginye hahaaha

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance