Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 9 November 2011

keletah dalam mendidik kanak2

Hahaha macam mangkok tajuk, gaya macam pakar kanak2 tak pun ibu 10 anak. Aku berpengalaman jaga kanak2 bawah 6 tahun 6 orang sekali gus. Tobat aku tak nak anak setahun sorang. Macam2 kerenah; yanng nakal, yang degil, yang kuat menangis, yang kuat melawan, yang mengade lebih, yang manja. Tapi dorang tetap comel and menghiburkan hati

Fatini 2 tahun, Hadif 3 tahun, kami sekeluarga gosipkan bersama. Melampau perangai, budak2 pun jadi nak gosipkan. Tapi Hadif kalau dengan Fatini beralah habis, kalau dengan orang lain dia tumbuk terajang macam punch bag je. Dia la orang yang akan back up Fatini, dia panggil Fatini, Ini haha. Apa2 pun, 'Takpe2 Ini, abang ada, abang ada' Tak nak geli pulak! haha

Fatini pulak garang ya amat! Jangan salah sikit, merasalah kau penyepak or cubitan dia. Hadif selalu jadi mangsa, tapi dia tak melawan, paling tidak dia menangis mengadu kat umi dia haha very the hati tisu punya lelaki. 

Tapi kalau Hadif merajuk, haha comel sangat! Tadi aku mandikan dorang sama2, Hadif tunduk je, susah aku nak mandikan.

aku : Hadif, angkatlah muka, susah ayong nak cuci muka Hadif
Hadif : kita tak nak pandang Ini!

Hahahahhaha tak nak comel pulak merajuk tak nak pandang muka, aku lempang karang! Lepas aku siapkan pakai baju dorang, tengok da main carom sama2, gelak2. Hamboi2 kauuuu! Family aku memang, laki hati lagi tisu dari perempuan, level sensitif tinggi sikit, perempuan lagi independent and brutal. (angkat2 kening)

Laki nampak comel kalau merajuk, rasa nak gelak. Manja! Tapi dapat yang susah pujuk, rasa nak gigit2 je. Hadif senang, puji la apa2, umpan la apa2, settle! Kalau la dengan orang tua pun boleh treat camtu kan senang 'alololo jangan la merajuk, nak gula2 tak?'. Mahu aku kena kuarantin sebulan camtu -_-

Tapi layan kerenah budak2, memang membahagiakan. Nak anak la! Eh?

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance