Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 30 November 2011

ayah tite tomeyyy

Faham tak tajuk entri aku? Tak faham? Lantak korang haha. Last weekend, I spent my quality time with my beloved family at KL. Biasalah kalau pergi KL, mak tak pernah tak mencari tempat shopping baru. Perempuan2 -_-''. Ayah tak suka shopping, tapi dia tetap teman kitorang. Comel kan? Aku mewarisi ayah bab ni, aku tak suka shopping untuk waktu yang lama end up tak beli apa2. Aku akan shopping hanya bila ada benda yang aku nak beli. Sebab aku tak suka ikut mak shopping, astagaaaa! Boleh buat aku moody nak tunggu dia habis shopping. Conclusion nya, aku tak suka menunggu haha.

Tapi ayah lagi comel bila dia membebel, dia jarang bebel unless dia risau ya amat sangat. Ayah aku memang pengrisau orangnya huehuehue. 

Bebelan 1
Aku nak naik bus balik Changlun dari KL malam Isnin, so that aku sampai pagi Selasa. Aku da serik naik bus siang untuk perjalanan yang jauh sebab tak boleh tidur. Mental torture tahu! Kalau nak naik bus, ayah suruh naik siang, well ayah know me better, kalau aku cakap nak balik malam, malam la jugak aku akan balik. Tiba2 dia suruh aku online. Rupa-rupanya dia cek schedule train dari KL-Arau. Dia cakap 'Nak balik malam, naik train, ayah risau driver bus mengantuk, kalau driver train mengantuk pun train still atas landasan' hahahahha. Ayah know how to deal with me, dia tahu aku degil tahap dewa, so dia bagi aku balik malam tapi dengan syarat. Win win situation orang putih kabo. Dua2 ada consideration, ok la teww haha.

Bebelan 2
Oh yang ni aku kena bebel teruk sikit. Time kat KL, 2 hari berturut-turut aku kena gastrik yang teruk! Rasa perut dihiris-hiris lalu dituang sedikit clorox di atasnya untuk sebatikan rasa. Pedih nokssss! As usual, kalau ayah risau dia akan bebel. Time tu aku tengah baring menahan sakit sebelah dia. Dia punya bebel perghhh kalah mak. Time tu mak lipat kain, senyum2 je aku kena bebel. Sekali ayah cakap 'mak dengan anak sama je, degil! Da tau diri tak sihat, makan tak reti jaga, semua orang kena jagakan'. Terus hilang senyum mak aku. Aku pandang mak, mak pandang aku, then kami dua2 tergelak besar yang tak boleh berhenti punya. Kesian kan ayah? Sabar eh ayah dapat isteri dan anak macam ni -_-'' 

Mungkin sebab tak dengar cakap ayah, malam tu sepanjang perjalanan dalam train aku tak boleh tidur, rasa nak pitam tahan sakit gastrik wuuu. Da la perjalanan 12jam, 3kali aku telan ubat. Da la kena duduk sopan2, sebelah aku ustaz. Mana aku tau dia ustaz? Satu sebab dia pakai kopiah hahaha suka hati aku je nak panggil semua orang pakai kopiah ustaz. Dua, sebab time subuh bila semua orang masih berdengkur, dia pergi ambil wudu', solat duduk sebelah aku. Auwww, segan saya. 

*boleh aku tau kenapa semua orang cakap aku degil?
**bila orang da buat baik dengan kita, tak perlu la nak ungkit jahat dia pada kita, da2 la tu

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance