Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 18 November 2011

Aku ambil UPSR tahun 2002, tapi time tu aku tak de blog nak gebang bagitau 1 Malaysia lagi

Hari ni keluar result UPSR. Zaman sekarang setakat dapat 5A tu perkara biasa, ye dak? Budak2 sekarang bijak bestari kot. Kalau dapat 5E baru wooooaawwwww! haha. Teringat time aku UPSR dulu, Alhamdulillah dapat 5A :D. Aku cucu sulung side mak, nenek and arwah tok semua suruh cousins yang lain contohi aku, kah kah kah! PMR pun boleh dicontohi lagi, SPM pun bolehhhh kalau nak hancur masa depan haha.

Tapi bila ingat balik, hek elehhh UPSR je pungggg! haha. Hancur UPSR tak semesti hancur SPM, hancur SPM insyaAllah hancur masa depan, bagi orang macam aku laa. Aku takde kelebihan boleh repair kereta nak bukak workshop, aku takde kelebihan bab bakery nak bukak kedai kek, aku takde muka yang cantik nak goda jutawan Perak ambil aku jadi bini, apa yang aku ada just sebiji selaras sekeping sebentuk ah apa2 la, otak. Otak pulak bukan brand genius, kena usaha baru faham. So bergantung lah aku kepada otak, rasa nak berjaya usaha lebih, rasa tak nak biarkan otak karat.

Tahun bila eh UPSR mansuh? Dengar cerita nanti UPSR takde, ganti dengan penilaian dari darjah 1 lagi. Hadoii hadoi, tak dapat nak bangga dengan jiran sebelah nanti 'anak I biasa2 je, 5A, tak sangka, tapi rezeki Alhamdulillah. Eh anak you macam mana?' (muka bangga tak hengat) hahahahahhahahangguk betul biasa2 5A! Panas betul aku dengan makcik2 yang nak up macam ni. 

Tiba2 aku fikir, pelajaran anak2 aku nanti berdasarkan apa eh? Tiba2 aku fikir, tahun bila pulak aku nak ada anak? Tiba2 aku fikir, over nak fikir pasal anak, aku sendiri tak habis belajar lagi! Tiba2 aku rasa nak cakap Bye. :D

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance