Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 28 October 2011

Tipu kalau kau takde kisah silam

-gambar curi-

Setiap orang ada kisah silam masing2. Even cerita terpijak tahi lembu sebab nak elak dari tahi ayam yang terjadi semalam pun dikira kisah silam. Do you know what is the meaning of SILAM?? Ianya adalah sejenis mee siam. OK NOT FUNNY! Silam is something that already happened. We can do nothing to change it. 

Macam2 bentuk kisah silam yang kita ada, yang kita lalui. Ada gembira, ada duka, ada yang penuh dengan dosa dan noda. Aku! Aku! Aku tak kan judge orang tu dari kisah silam dia. Tapi aku akan tengok macam mana kisah silam seseorang boleh membuatkan dia jadi orang yang aku kenal sekarang.

Bagi aku, bodoh kalau aku hina herdik orang yang dulunya drug addict tapi sekarang jadi imam taman perumahan. Buat apa kau nak ungkit benda yang da jadi? Buat apa kau nak pertikaikan? Baik cakap Alhamdulillah dengan kesedaran yang dia dapat dari masa silam, yang jadikan dia SEKARANG. Kamonn guys, manusia berubah. Jangan sebab mulut longkang sesetengah pihak, orang tu down balik.

Sometimes, mesti dorang terdetik 'buat apa aku jadi baik, padahal jahat aku yang orang nampak'. Hey, hey, hey, itulah manusia. Jahat kita dorang nampak, baik kita dorang tak pernah nak nilai. Bukan nak tunjuk baik, buat why ha some people asyik nak blame kisah silam seseorang tanpa tengok siapa dia sekarang. Kolot!

Allah Maha Mengampun. Siapa kita nak bongkak dari Dia? Nak tunjuk pandai dari Dia? Siapa kita nak mengheret salah orang tu sampai ke liang lahad? Janganlah sampai dari elok2 orang tu nak berubah, tapi sebab tak tahan dengan umpatan orang, dia kembali jadi dia yang dulu. Kalau jadi camni, aku rasa korang pun kena tempias dosanya. Ye dak?

Sekian tazkirah malam Sabtu. 

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance