Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 15 October 2011

steamboat RM10

Siapa yang tak pernah makan steamboat ibarat tak kenal boat. Aku suka steamboat, sebab rasa macam sihat bila makan. Rendam binatang2 tu dalam soup je, no goreng2, so no extra fat! Suka hati je buat teori sendiri haha. Aku paling suka steamboat kat Johnnys, marvellous wehhhh! Sos dia paling sedap. Tapi ada yang cakap tak halal, aku tengok ada je logo halal, kat JAKIM punya halal page takde pun isu pasal keharaman Johnnys ni, ramai je ustazah masuk makan. Acee, nampak orang alim sikit rasa selamat la ikut? Tapi betul la, kalau ada 2 orang laki kat persimpangan jalan, sorang pergi masjid, sorang pergi club, korang nak ikut yang mana?? Kalau aku?? Kalau aku ikut yang handsome hahahaha. Tak2, mestilah yang pergi masjid, at least nampak bayang2 syurga kat muka dia. Eh mana cerita steamboat aku????

Then kat Changlun ada satu kedai steamboat yang not bad. Apa kau ingat Changlun kuno sangat?? (EH tetiba nak emo haha). Untuk 2 orang makan RM30, berbaloi laa sebab portion dia macam untuk 50 000 semut makan, banyak kan?? Tomyam dia marvellous gak, tapi rasa la banyak ajinomoto sebab lepas habis makan, aku mabuk2 sikit hehe

TAPI, tadi, tadi, baru je malam tadi, aku pergi makan steamboat kat Perlis Indera Kayangan. Nama kedai tu Embun Pagi. Perghhh, tak nak syahdu pulak nama kedai dia. Aku pergi dengan gf2, and senior2 sem 7. 1 kepala RM10, eh bukan steamboat tu bagi makan kepala lembu, dia kira RM10 sorang, makanlah sampai muntah. Not bad la, berbaloi untuk harga camtu, plus dia ada bagi Nasi Goreng Cina-standard-masakan-sekolah-asrama-penuh, yang boleh ambil sebanyak 1 rice cooker sekalipun kalau kau buruk lantak sangat! haha

Cuma sup dia tak berapa nak kaww, tapi kalau kau campur sos dengan cili dia, licin jugak mangkok aku tadi bahahaha -_-''. Kedai ni ada syarat, kau makan la sampai bersila kekenyangan atas meja sekali pun, tapi kena habiskan semua yang kau ambil, kalau tak, yang tak habis tu kena bayar balik. So, aku suggestkan, nak datang, bawalah kucing peliharaan bersama, boleh bagi dia makan kalau da senak sangat perut. 

Cara panaskan sup dia unik sikit, guna bara arang. Takdelah kau gigih kena barakan, tuan kedai da siapkan. Nampak stylo di situ tiba2 dia datang kat meja kau bawa bekas dengan arang yang sedang terbakar. Terkojut eden, nasib baik tak terbakar tudung. Keliling kau tabur sup, atas dia boleh salai ayam, daging, udang, sotong. Sedappp wokkk ayam dia panggang2. Mesti korang tak dapat imagine kan? Ke dapat? Kalau dapat maknanya teror aku explain haha. Gmbar kat kawan, bukan gambar steamboat, gambar aku! haha. Tak lah, nanti kalau ada gambar magkok pelik tu, aku upload

Nak kata sedap gila tu tak la, tapi berbaloi la, kenyanggggg. Mana tak kenyang, 10kali bangun ambil makanan -_-''. Tapi bawa orang tank kecik cam aku, rugi sikit la. Aku rasa portion aku makan tadi ada la dalam RM1.20 hahahaha Nampak benor nipunya. RM5 la cincai kira. Pergilah try :)

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance