Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 26 October 2011

Petua Percintaan

Perghhh, tak nak geli  pulak tajuk aku. Da ala2 dr. cinta da, tu la nak jadi dr. perubatan bodoh piang, pemalas nak mampus nak belajar, so tukar la profession =P Walaupun aku tak kahwin lagi, tapi aku rasa orang yang da kahwin pun boleh apply kan ;) Nah2, baca (pendapat peribadi);

Toleransi
Dalam hubungan, toleransi tu penting. Jangan kau seorang je nak menang, kau seorang je nak betul. Kalau benda kecil tu, beralah je la. Lose the argument is better than lose the person, right? Kurangkan ego, tingkatkan kesefahaman (motto percintaan 2011) haha

Jujur and setia
Apa2 hal pun, terus terang je la. Jangan lah main kayu tiga kat belakang, ada yang kene hempuk dengan kayu karang! Kalau hati da beralih kepada manusia yang kau rasa lagi layak untuk kau, just tell the truth. Kebenaran memang menyakitkan, tapi sampai bila nak hidup dalam penipuan? Alasan tak nak bagitau, sebab kesian, jangan nak langsi sangat! Kau duakan dia tak kesian pulak? Bullngek! And bila da dengan orang baru, bila ada problem, jangan la terhegeh-hegeh cari ur ex balik, dulu time ada tak nak hargai, booo!

Jangan mengungkit
Salah sikit mula la nak mengungkit cerita dari zaman purba sekali. Kamonnn, past is past. Kau hidup moving forward, bukan backward. Apa kau dapat kalau mengungkit? Lagi merumitkan keadaan ada. Paling aku pantang kalau mengungkit pasal duit, gila tak macho. 'Eh you la yang bayar pulak, minggu lepas kan I da belanja you paddle pop'. Memang nak tekak kena jolok dengan batang paip kalau ungkit benda2 camni. 

Jangan canangkan masalah dekat semua orang
Only few care, the others just curios. Gaduh sikit pong pang 1 dunia, post kat FB, mengamuk kat twitter, mengata pasangan macam2. Belajar la menjaga aib pasangan. Kau ingat kau cerita kat semua orang dorang nak kesian, dorang gelak ada. Internal problems, selesaikan la antara korang je, jangan biarkan pihak ke-3 masuk campur. Yang ada masalah hati, antara 2 hati, hati ke-3 tu kadang2 hanyalah batu api je. But still you can share your problems with your very bestfriend, the one you trust, sebab kadang2 bila otak serabut, orang luar yang boleh tolong rational kan balik. Kau tahu siapa kawan, siapa lawan. 

Belajarlah menerima pasangan seadanya
Tiap orang ada kekurangan masing2. Kalau kelebihan kemainn kau canang kat semua orang, bangga pasangan boleh buat macam2. Part kekurangan dia kau tak boleh terima pulak. Ciskek! Kalau kau sempurna takpe, ni diri sendiri sengal ubi then nak demand yang perfect je, ptuiiii! Kekurangan tu, yang boleh betulkan, betulkan la cara berhemah. Wayar charger yang berselirat pun, kalau kau leraikan dengan penuh sabar, elok la dia, jangan rentap, putus padan muka hang! Kalau da liat tak boleh nak betulkan, belajar la menerima dia seadanya, macam mana dia boleh terima kau seadanya. If you can't deal with my worst, you don't deserve my best!

2 comments:

  1. tips yg ko post ni klu ak try kt ko berhasil x?
    hahaha
    geli plak soalan ak...:)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance