Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 3 October 2011

Pesta Konvo UUM

Da lama tak update kisah hidup acecece macam gempak sangat je kisah hidup kau Beron! haha. Kat UUM sekarang ada pesta konvo, kemain meriah jahhh, buktinya kawan aku dari UNIMAP pun sanggup datang pastu bising2 sebab jauh! haha Siapa suruh kau semangat sangat datang? =P Tapi tak sempat jumpa die sobssss

UUM ni kaya gila aku rasa, setiap kali nak convo bukan main tukar segala landskap yang ada, nasib baik bangunan2 tak boleh diubah-ubah, kalau tak aku tak jumpa kelas sendiri agaknya. Then kalau boleh semua artis dia nak jemput, bukan calang2 artis pulak tu. Zaman sekarang ni, band cikai pun boleh makan beribu-ribu, ni pulak artis yang da menang macam2 award. Sometimes, I feel its such a waste! 

Tapak pesta convo meriah jugak la, tapi tahun ni rasanya tak semeriah sebelum2 ni. Banyak gila booth yang bukak, one side makanan2, and another side barang2 semua. Ada small funfair, ada orang jual tudung, baju, brooch, da macam ekspo raya aku rasa haha. Tapi makanan dia agak mengecewakan, nak berniaga, berniaga betul2 bang! Kalau air limau rasa air gula, aku sarankan baik kau meniaga jual belon, takde kena maki! 

Bila tengok graduan2 tangkap gambar, pegang scroll and presents, terus aku rasa gelojoh nak grad, terus rasa nak habiskan semua subjek tahun ni! hahahaha Konfiden kau! Baru ambil 7 subjek da tercekik rasanya! Lagi 2 tahun insyaAllah aku grad! Weeee~~ Moga Allah permudahkan segala urusan aku dengan kawan2 :)) Amin 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance