Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 31 October 2011

Mereka makhluk manja. Euwwwww!

Korang perasan tak sebenarnya kaum Adam ni lagi manja dari kaum Hawa? Korang perasan tak? Ke mainan perasaan aku je? Tapi dari pemerhatian aku, orang lelaki ni suka diberi perhatian. Manja dorang kalah perempuan, nampak je ganas haha.

Segangster lelaki pun, kerja mengepau orang, belasah orang, balik rumah mesti merengek kat mak jugak mintak nasi. Samseng jalanan tu, malam2 entah luah perasaan kat kucing haha. Yang aku perasan, lelaki akan manja dengan perempuan. Maksud aku dari konteks anak and mak. Cousins lelaki aku, kat luar rumah punyalah bergusti sesama sendiri, jatuh luka berdarah pun bangun berdiri nak main balik. Tapi nampak je mak dorang lalu kat depan, terus longlai kaki macam tak boleh jalan, mengadu macam kaki luka dalam 10cm, merengek minta dibelai. Mengade! haha

Lelaki ni boleh jugak dimasukkan dalam kategori tak boleh hidup takde perempuan keh keh keh. Tak semua pun, but most of them macam tu. Kalau anak laki 'Mak, masak apa?' 'Mak, baju Man mana?' 'Mak, tolong kejut karang' 'Mak, nak kahwin boleh?', semuaa mak. Suami pun macam tu 'Yang, I nak makan, tolong masak boleh?' 'Yang, lenguh la, tolong urut', semua sayangg dia je kena buat. Kalau ada perempuan, dorang macam tak reti nak buat kerja sendiri, bukan tak tau, tapi saja nak menggedik bermanja. Macam ayah aku jugak la, nak pergi mana2 pun mesti nak mak aku yang teman. Pergi attend course tau pulak pergi sorang. Kah kah kah!

Tengok perempuan, steady jeee. Semua buat sendiri (mati la aku kena maki) haha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance