Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 7 October 2011

Law's students activities

Sejak2 balik U ni, jarang bebenor aku nak update blog, takde masa jahhh! Mana nak pergi kelas lagi, ponteng kelas lagi, pergi cafe, gelak2 dengan kawan, terkadang terlupa ada blog, kerja nak kepoci baca blog orang je heee.

Tadi budak course aku ada buat Law Sports Carnival, main futsal, volleyball and netball. Aku idak le main, aku AJK je, under biro dekorasi. Masing2 beria nak bangun 6.30 pagi sebab pukul 7 kene terpacak kat court untuk deco, padahal masing2 terbangun 6.50pagi hmmmphhhh hampehhh! haha

Semua berjalan lancar, just hujan kejap tadi. Kerja2 deco pun senang sebab paksa tiap orang kuarkan angin tiup belon. Hoih gila kau 160 belon nak tiup 4 orang je, ada aku tinggal tulang karang, angin da disumbangkan dalam belon. Malam semalam kitorang book sorang abang ni nak masukkan helium gas dalam belon, cantik ohh belon guna helium gas dari carbon dioxide haha. Tapi mahal oh, terbang sebiji ke udara pun rasa nak nangis T__T

Batch kitorang menang pasukan penyokong paling meriah haha. Well, tengoklah anak2 buahnya, suara aku boleh mewakili 10 orang, Cha 20, situ da 30 suara =P Overall, enjoy la, semua orang sporting habis, nama pun sports carnival kan ;) Tapi masing2 balik terus pengsan, mungkin pagi ahad baru sedar.

Oh assignments and tutorials questions da berlambak gila, semua kena submit minggu depan! Aku da tak tahu nak buat yang mana dulu, rasa macam tak cukup 2 tangan =P Siapa nak bagi pinjam tangan dia buat assignments aku? Ha tu la, last minute lagi Beron!!!!!!!! OkBye!

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance