Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 25 September 2011

tutorial kaki, eh tutorial dan kaki

Bosan! Bosan sebab soalan tutorial sangat banyak dan tak berjawab lagi! haha. Tutorial nya lusa, sempat lagi kalau buat sejam sebelum kelas haha. Apa ke hangsap sangat perangai budak sekor ni? Aku selalu rasa budak law kena wajib jadi rajin, tapi entah bila aku nak wajibkan diri aku jadi rajin ntah haha. Ok lupakan seketika hal kerajinan aku, kalau nak bukak isu, sampai raya haji tak habis

Oh aku sakit kaki (perlu ke beritahu?) Eh perlu, mana tahu ada imam muda terbaca lalu mendoakan kesejahteraan kaki aku, lalu aku boleh jalan sambil melompat-lompat macam kangaroo kembali. Kenapa imam muda? Sebab mereka handsome hahaha. Ok tak, aku rasa doa orang suci macam dorang, mudah termakbul. Eh aku tak kata kau bukan Imam Muda doa kau termakbul, just you know, dorang ikon agama, eh susahla nak explain, lantak la korang nak terasa pun haha

Oh kemabali pada kaki, I don't know where is wrong, tiba2 tak boleh berpijak pada bumi yang nyata. Ia amat menyeksakan. Sebab tu aku tak pergi kelas BI pagi tadi. Kelas tu tingkat 5 tahu! Tingkat 5 bukan hanya mempunyai 5 anak tangga, tapi mungkin mencecah ratusan ribu million (over!). Aku nak naik 1 anak tangga pun terkial-kial, kalau beratus, lecturer da tutup buku tak tentu aku sampai lagi. So lupakan saja niat nak tunjuk gigih mendaki tangga konon rajin apa jua halangan akan ku tempuh semata-mata nak ke kelas kalau jalan pun macam budak lepas sunat

Aku punya antibody memang tak berapa nak kental, ada je tak kena (bukan mengeluh hehe) Sampai kawan2 aku nak sediakan 1st aid khas untuk aku! haha Sungguh comel mereka membahan aku =P. Aku memang tak reti jaga diri sendiri. So kawan2 yang pastikan aku akan makan on time, aku tak makan pedas, mereka juga sumbatkan aku ubat jika perlu. Kalau dorang tak perasan, semua aku bedal. Allah memang tahu apa yang kita perlukan, dia hantar kawan2 yang protective and caring kat aku, sebab Dia tahu kalau biar aku sorang2, mungkin tahun depan da tak sempat raya. (Dapat suami stok tegas macam askar, menangis la kauuuuu Beron wuwuwu.)

Eh da la merepek, nak pergi buat soalan tutorial (konon2 je) haha. Bye Najdi (tiberrr) haha

2 comments:

  1. isk2..masa kt mktab lu pn cm2 ke?skit kki x p klas eh?hahah

    ReplyDelete
  2. time kt maktab, x sakit pun ponteng prep hahahaha

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance