Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 1 September 2011

Pukal raya

Raya kali ni walaupun aku tak berapa nak feel sangat, tapi tahun ni lah aku pergi beraya rumah kawan2. Selalunya ikut parents pergi rumah saudara je. Da la kawan2 aku main serbu je datang rumah aku semalam, nasib baik den menutup aurat walaupun tak berapa nak senonoh =P Sekali dorang ajak join beraya, aku dengan tak gosok baju ape lagi, pergilah bersiap, nasib lah menunggu haha. Pergi 4 rumah, 1pinggan mee kari, 1 pinggan laksa. Kenyang wehhhh!

kawan2 time sekolah pendek. walaupun lama tak jumpa, kemesraan masih terasa :D

Malam raya ke-2 turn adik beradik ayah aku berkumpul :D Semalam ada mini photoshoot lepas main bunga api ramai2. Family aku, aku rasa masing2 tertelan micforon time mengandungkan anak masing2, suara boleh gegar gegendang telinga (tak terasa), punya lah susah nak susun kedudukan, last sekali yang besar tiba2 sesat kat row depan.

2/3 of us. Love you all :)

Hari ni raya ke-3 konon pergi Ipoh nak melawat saudara2. Da sampai Ipoh, telefon sorang2 takde kat rumah. Last2 pergi 1 tempat ni, kemain sedap hidangannya. Jom tengok gambar bosan aku sebab misi tak tercapai tapi terlencong ke tempat lain;

yeahh! Last sekali rumah macik pizza jadi mangsa. Kemain sopan berbaju kurung pergi melantak 

Baru je jejak badan atas katil lepas sampai rumah, kawan aku message nak datang rumah. Kawan2 time MRSM, melayan la dorang dalam sejam, tu pun sebab nak maghrib, kalau tak 3 jam dorang bergosip agaknya.haha Da la buat macam aku tak wujud kat situ =P Thank you guys datang, rezeki korang dapat makan daging malberi tu, yang terakhir haha. Kat aku takde gambar, kat kawan ada la.

Boleh tahan meriah raya aku kali ni ;)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance