Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 21 September 2011

Masalah perut dan aku

Perut aku dari dulu suka cari gaduh dengan aku, klimaksnya bila aku dipaksa dan diseksa operation buang apendiks. Then aku ingat lepas tu ok la kan. Tapi itu hanyalah harapan palsu kepada diri sendiri. 

Aku jenis manusia yang hampir tibai segala makanan yang ada dalam dunia ni. Kalau kau rebus ranting bagi aku makan cicah sambal belacan pun aku ngap aku rasa. And favourite food aku adalah makanan yang berkisarkan pedas dan masam. Kalau makanan tu tak pedas, aku loya nak habiskan. Kemain hot and spicy lidah aku. Dasar kuat keturunan Hindu hahaha

Lately, perut aku makin kerap meragam. Kalau meragam mintak ke toilet takpe, lepas 10 minit, settle! Ni meragam yang mintak penampar 8 das. Rasa perut kene hiris2 dengan pisau rambo, pedih tahu! Then aku tak boleh diri tegak, kalau sakit tu lebih baiklah aku baring mengadap kiblat =P Then makan je aku cepat rasa loya. Oh ni tak de kena mengena dengan tanda2 awal mengandung =P

Sorang makcik aku ada penyakit ulcer perut, aku tanya dia apa simptom2 nya, and memang simptom kami serupa. Kita serupaa, kita serupa (nyanyi). Tapi simptom aku early baru, ala relax la, permulaan baru bahaha -_-''. Kalau aku sakit, aku tak suka bagitau parents aku, nanti dorang risau. Aku tak suka dorang risaukan aku yang tengah bergelak ketawa kat UUM ni =P. Tapi aku lupa nak pesan kat auntie aku jangan bagitau mak, tau la kan pesen mak2 ni, sikit2 gosip. Maghrib tadi mak call, tanya aku macam mana. Sambil cuba tipu sikit2, aku cakap aku da ok. Walaupun cakap da ok, tetap kena bebel, nasib baik nak solat, kalau tak sampai Subuh esok kena bebel -_-''

Aku bersyukur dapat kawan2 yang sangat concern pasal aku. Dorang da berapa kali cuba seret aku pergi klinik. Tapi memang gene aku ditakdirkan anti dengan klinik, hospital apatah lagi bomoh (sebab tu tak jadi doc kot haha padahal bengap), maka aku tak nak pergi. Semua orang cop aku degil, aku pun cop diri aku degil, tapi nk buat macam mana, degil dan aku memang sebati. Aku tak kan pergi hospital selagi aku boleh tahan, kalau aku tak boleh tahan, aku sendiri akan call ambulans jemput aku =P Then kesayangan2 titewww belikan titewww gaviscon, suruh telan. Auwww, mereka co cweettttt. Walaupun aku turut membenci ubat especially ubat cair, tapi demi menghargai mereka, akan aku telan dengan ucapan Bismillahirrohmannirrohim. 

Mak and ayah and kawan2 pesan; jangan makan pedas. Sorry dear, I can't promise =(

2 comments:

  1. take care yang,jangan duduk ward weh.seksi betul melainkan doctor yg rawat ko hengsem..auww! makan obat tuh..hee

    ReplyDelete
  2. haha orait yg..ad doc yg mcm cyril takayama, aku buat2 skit ohhhh haha

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance