Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 9 September 2011

Mak pesan; kalau bercinta, jangan beria

Faham tak konsep beria kat sini? Maksud dia jangan oberr ye temahh! Kita wat lek2 je, macam gensgter pulak rasa cakap lek2, lek luuuuuuuu! haha. Dalam hidup ni, apa benda pun kena sederhana (bagi aku lah). Makan kene bersederhana, berbelanja kene bersederhana, orang kata buat apa pun biar berpada-pada (kenapa aku rasa pelik ayat berpada-pada ni)

Camne bercinta yang sederhana? Ha aku pun tak tau! haha. Mak aku ni suka suruh aku buat critical thinking. Tapi bagi aku baru bercinta jangan la over act macam da kahwin. Ingat, dia bukan hak kau, kau bukan hak dia. Its like process suai kenal, kalau rasa memang serasi, kahwin la, kalau tak, cari penyelesaian or cari lain haha. Senangnya kau menype Beron!

Tapi betul la kan? Beria bergadai sana sini, I jump you jump, last2 laki tu cari lain, eh bagi contoh laki pulak, bias aku ni haha. Ok2, either one of you la, tiba2 berubah hati. Ha camne? Siapa merana? Bukan mak kau, bukan jugak so-called-ex-kau tu, tapi kau! Senang cakap, nak sayang seseorang tu pun biar berpada. Pernah dengar ayat 'Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak mungkin kau akan membencinya dan jangan pula membenci seseorang kelak mungkin kau akan menyayanginya' (terasa). 

Kalau da sure 100% dia akan jadi penyeri rumah tangga kau nanti, takpelah nak berhabis segala pun untuk dia. Ni tak, baru declare semalam, hari ni da berjanji akan setia sampai mati. Kamonn dudes and girls, jangan berjanji time hati tengah gembira, 100 janji, 101 tak tentu kau dapat tunaikan. Jangan bagi harapan palsu. Berjalan seperti biasa, que sera sera. Hati milik Allah, bila2 masa rasa tu boleh berubah, macam mana dia datang, macam tu la dia boleh pergi. Am I right?

Kawan aku cakap, aku jenis manusia yang senang nak let go sebab aku tak pernah bagi 100% dekat something. Entahlah, mungkin aku beringat, kalau aku bagi 100%, kalau dia bawa lari semua tu, apa yang akan tinggal kat aku? Jasad tanpa jiwa? Oh demmm!

Rupa paras tidak dapat membeli aku, harta berjuta tidak dapat menawan aku, hati ni milik siapa sebenarnya, biar Dia yang jadi penentu :) Jiwa ni hanya berhak diserahkan 100% hanya kepada pemilikNya :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance