Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 10 September 2011

bersabarlaw wahai Nadia untuk 2 tahun lagi

Da habis cuti 4 bulan aku oi! Kejapnya rasa, ingatkan nak kahwin pun tapi tak sompet pun padahal takde siapa nak pun haha. Sekarang aku merempat kat bilik kawan, aku memandai menyamar jadi dia, ambil kunci, letak barang2, buat macam bilik aku, padahal dia tak balik lagi haha. Aku bukan takde bilik, tapi bilik aku entah kat mana aku pun tak tau. Tadi aku just pergi ambil kunci, terus menuju ke bilik kawan aku, rupa bilik aku yang baru pun aku tak tau camne. Ada astro ke, swimming pool ke, air cond ke, ok over!

Tadi aku drive dari Penang sampai Changlun! Wohhhh, jauh bebenaunya hutan ni. Selama ni aku sedar2 da sampai, tapi hari ni ayah macam ada riak tak puas hati aku tidur kat belakang, sampai Juru dia suruh aku take over, ok fine fine =P. Da lama tak drive kat highway, seronot jugak, jalan straight je, tak payah risau kereta datang dari arah depan, tak perasan ter-speed (buat2 tak perasan sebenarnya).

Tadi angkut semua barang, ya Allah barang2 aku ni beranak apa? Habis study nanti, memang konpem mak aku kene sewa lori Courts Mamorth (guna lori CM baru nampak kaya sikit bahaha ngok luk)  nak ambil barang2 aku, ke nak buat car boot sale je, ke nak campak dalam hutan ni je, ke kau nak kena penampar Nadia fikir benda yang lagi 2 tahun baru nk jadi =P

Esok ada kelas, tapi aku tak tahu pukul berapa, subjek apa and kat mana. Teruk kan perangai? haha. Bukan salah aku weh, portal tak boleh bukak. Ceh, selama ni cuti 4 bulan kau tak nak bukak pulak kan Beron? Nama pun cuti, nak bukak portal buat apa, buang masa! haha. (monolog dengan diri sendiri). Takpelah, minggu depan je kita ke kelas ye jemah! haha

Homesick =(( Rindu katil rumah, rindu wifi, rindu isi2 peti ais. Rindu mak and ayah, rindu Fatiniiiiiiiiiiiii! Tadi da la Fatini tak nak salam aku, dia ingat aku nak balik balik la tu, esok mesti dia cari aku, ke dia tak heran? Huaaaaaaaa nak balik! Lambat lagi balik, raya haji nanti kot. Eee menci tau duk jauh (hentak2 kaki) haha gedik kau Nadia! Patut aku tak dapat belajar kat Russia, duduk Kedah pun rasa nak meraung haha. 

Da la, bye la kau blog! Buat aku homesick je (tiberrr). Bye! Bye! (emo tak pepasal). Home sick home sick home sick home (nyanyi dalam nada lagu chinese new year)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance