Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 8 September 2011

aku tak suka perubahan drastik

Ok mari membaca segmen merungut tak puas hati aku. Aku sedia maklum, setiap benda dalam dunia ni ada baik dan buruknya. Ah banyaknya benda nak bebel, tapi tak tahu nak start kat mana. Tak baik merungut Nadia, cubalah jadi manusia yang redha -_-''

Aku tak nak balik U!! Biasalah kan, cuti 4 bulan, duduk rumah gaduh2 dengan budak2 ni, hari2 makan free, ada je masa nak dating =P, tiba2 kena masuk U, yang terhidang dengan assignments, buku, oh perubahan hidup yang drastik. Aku tak pasti aku pandai menulis lagi ke tak, menype je da expert haha

Lagi aku rasa tak nak balik sebab aku kena pindah DPP (dewan penginapan pelajar), masuk dalam. Aku sorang2 ok! Kawan2 yang lain stay DPP luar. Ok korang mesti fikir aku ada buat jenayah terlampau sampai kena tendang masuk dalam =P. Roomate aku pun kena, tapi dia dapat DPP lain. Benci tau camniii (hentak2 kaki)

Aku da la jenis manusia yang tak reti cari kawan. Da la dapat tingkat 4! Karang ada yang aku turun terjun, naik terbang =P Camne nak survive sorang2 ni. Ok itu tak payah fikir lagi, hidup kena gamble, tak matinya kena duduk situ, tapi aku nak try buat rayuan masuk DPP lama balik. Mana boleh pisah dengan kawan2 ohh, siapa nak hidangkan aku gosip? Siapa nak teman aku makan? (ok selfish) haha

Aku pelik dengan management ni, menyusahkan! Bagi la budak2 baru yang ada barang2 dalam kereta pindah. Barang2 aku dalam stor tahu! Nak suruh pindah, kalau sediakan lori takpe, ni pakai order je. Jarak kalau 10 langkah tak pe, ni dekat2 4km! Alasan dorang nak students mingle sama2, tak assabiyah ikut kos. Eh kamonnn, banyak lagi cara lain la kot. Tak fikir pulak malam2 aku kena keluar jumpa kawan2 1 kos nak buat group discussion. Tak fikir pulak dari DPP dalam nak ke DPP luar tu jalan macam menuju dunia tanpa kehidupan.

Da la, tak guna bebel panjang2. Apa2 hal Sabtu ni aku balik! Ciskek!

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance