Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 9 September 2011

aku separuh manusia

Kawan baik aku, Ros selalu cakap yang aku ni separuh manusia. Lagi meyakinkan dia bila censor pintu automatik tak dapat detect aku haha langau betul pintu tersebut! Dia cakap aku punya otak macam laki, easy minded, tak suka serabut2, redha je apa jadi

Aku pun rasa aku macam tu. Aku dikurniakan perangai yang tak suke berfikir hal remeh temah. Sebab kalau aku fikir aku jadi moody, maka semua orang dan harta benda jadi mangsa. Tidak kah tidak rupawan perwatakan itu? Tidak menunjukkan ciri2 muslimah sejati sungguh, macam mana nak dapat ketua keluarga persis Imam Muda? (macam mangkok ayat aku!) haha

Tadi aku saja2 nak try serabutkan diri (nak buktikan, aku perempuan yang berperasaan). Berbekalkan migrain yang ada, aku fikir masa depan aku minggu depan, di mana aku tak tahu nasib asrama aku. Tambah lagi aku fikir barang tak siap kemas lagi, setiap pelosok rumah aku cari barang aku. Mana tahu terselit pendrive dalam kotak mainan Fatini, penting sangat pendrive tu, ada siri cerita Madagascar dengan Ice Age, mana boleh balik UUM tanpa terapi.

Tengah2 serabut fikir semua benda, terperasan banyak barang tak beli lagi. Jenis manusia tak reti nak ber organizer, sekali keluar 1 barang je beli. Sudahnya, tiap hari kena keluar =P Esok kena keluar beli kasut, kasut pergi kelas sem lepas mungkin tengah beratur untuk dikitar semula. Cuti 4 bulan, aku hampir lupa apa yang ada, apa yang kena beli (hint nak beli semua baru) ;)

Migrain bila bercampur dengan 1001 jenis rempah remeh temeh, maka diri berpotensi jadi Hulk. Bila aku moody, orang tak bersalah pun aku marah. Memang sah jenis perempuan sycho! haha. Sebab tu aku lagi suka jadi easy minded person atau dalam erti kata lain; pergi mampus la apa nak jadi pun, janji aku bahagia! Ada tak siapa2 yang sudi nak jadi organizer aku? Ada? Ok, jom kawen! hahahahaah -_-''

Biarlah orang panggil aku separuh manusia pun, janji aku tak moody tak tentu pasal, janji aku tak drag orang yang tak bersalah dalam masalah aku ;). Kalau aku alien, aku lah alien paling cun agaknya! hahahaha. okBYE!

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance