Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 12 August 2011

sihat itu nikmat

Ada sorang kawan aku (Ili) tegur yang blog aku semakin matang. Auwwww, rasa nak kiss kau Ili, sebab bagi kata2 dorongan sebegitu rupa. Nanti aku pergi ambil kau lagi kat rumah kau yang tak habis2 belok kiri kanan dekat 100 kali tu yek! haha

Oh back to the topic :) Kadang2 bila kita sihat, kita lupa yang itu sebenarnya satu nikmat, bila bangun2 pagi still atas katil pun, lupa je nak ucap a simple word of Alhamdulillah, nanti kau bangun2 tiba2 dalam kubur, ha baru ekau tauuu! haha

Aku ada terbaca 1 kisah sedih pasal seorang perempuan kat blog ni. Oh sumpah boleh menangis, sangat menginsafkan serta menyentuh naluri kemanusiaan.Briefly, cerita pasal seorang perempuan yang baru kahwin and baru beranak, tiba2 dapat tahu kena barah otak ok. Word barah je cukup mengerikan, ditambah lagi dengan otak, which we know we can't survive without it. Dia tak sempat pun nak menyusukan anak dia if I'm not mistaken T__T. Besarnya ujian hidup dia. Now, dia kat rumah sebab pihak hospital dah surrender and family dia try berubat cara lain pulak.

Try la baca, boleh jadi pengajaran hidup. =') Aku sumpah tabik dengan suami dia, lelaki yang sangat bertanggungjawab, tak pernah mengeluh sikit pun, muka redha je, kuat betul semanagat dia. Family members yang lain pun very supportive. Itulah gunanya keluarga kan? (Ya Allah, permudahkan segala urusan mereka, sesungguhnya Kau Maha Tahu apa yang tidak kami ketahui. Aminnn.)

Bila kita tahu kisah hidup orang, baru kita sedar yang ujian hidup kita hek eleh seciputt je sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Beria meroyan putus cinta, konon itu pengakhir kehidupan, macam kalau putus cinta masuk neraka je gayanya. Gebang sana sini duit tak cukup lagi 10k nak beli perabot baru, padahal kita lupa, ada orang struggle nak dapat 10k tu untuk kos perubatan T__T. Eh kamonnnnn, bukak mata, tengok kesusahan orang sekeliling kita and bersyukur dengan apa yang ada. Ha amek kau, aku da bagi ceramah (kat diri sendiri jugak -_-) 

So bersyukurlah dengan tubuh badan yang sihat, bersyukurlah kita masih bernafas di atas dunia ni, bersyukurlah ada orang2 yang menyayangi and concern pasal kita. Dan aku sangat2 tabik kepada ketabahan orang2 yang diberi ujian hidup yang hebat. They're really strong to survive, sebab tu Allah pilih mereka kot. Pernah dengar quote; 'Allah memberi ujian kerana Allah nak mendekatkan kita dengan Dia', 'Allah tidak kejam pada hambaNya, Dia akan menguji sekadar yang termampu' :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance