Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 5 August 2011

past is past

Ayah pernah cakap  'Allah Maha tahu, dia tak kan seksa umat Dia terlalu lama, Dia akan buat kita terima apa yang da terjadi, macam Ayah, Ayah kadang2 lupa yang ayah pernah ada ayah'. No, bukan maksud ayah aku yang dia lupa langsung ayah dia, dia just maksudkan yang sekarang dia da boleh terima yang ayah dia da tak wujud dalam dunia ni =')

Apa yang ayah cakap, buat aku sedar, yang dalam dunia semua bersifat sementara. Masa akan menentukan segala. Semuanya terpulang pada diri kita, nak terus meratap kesedihan, ataupun nak let go dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah, sekarang aku boleh terima semua yang terjadi kat aku. Kadang2 bila aku menoleh belakang sekejap, aku mampu terima yang 'past is past', aku da mampu tersenyum seikhlasnya. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, aku bahagia dengan orang sekeliling aku, yang hargai aku, yang sayangi aku :)

Aku sedar, apa yang aku miliki sekarang pun bukan bersifat permanent. Aku tak boleh nak seret orang2 yang aku sayang sentiasa dengan aku, aku tak boleh nak ikat dorang depan tiang rumah aku so aku boleh tengok hari2. Satu hari nanti, sama ada aku tinggalkan dorang, ataupun dorang tinggalkan aku, berpisah hidup atau berpisah mati. Its life, what ever happen, its the best and we must accept that fate. Yang da lepas, biarkan berlalu, fokus untuk masa sekarang. jangan terlalu fikir masa depan, tak tentu kau akan hidup lagi! haha

comel lagu ni :)

*rindu tok =') bila boleh bertemu?
**sorry emo sikit hari ni hahahha

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance