Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 22 August 2011

Majlis Berbuka Puasa

Wah gaya macam YB ada majlis2 bagai, padahal aku keluar dengan kawan2 je haha. Hari Sabtu aku pergi iftar lagi sekali dengan kawan2 MRSM, kali ni jumpa Mira dari Johor pulak. Kitorang berbuka kat JJ, makan kat Black Canyon. Mula2 cadang nak makan Ayam Penyet, tapi kawan aku yang nak book tempat tu tak tahu ayam penyet kat mana, padahal restoran tu sebelah JJ je -_-''

Yang bestnya berbuka dengan kawan2 adalah sesi bergosip! haha Astaghfirullahalazim Nadia Nadia. Kitorang solat dulu, so berseronoklah buat Black Canyon tu macam kedai bapak kitorang. Dekat2 pukul 10 lepak Mc'D pulak, aku makan aiskrim je. Seronok betul ada acara macam ni setahun sekali :D I'll miss you Ramadhan =']

I cant live without you!

Semalam berbuka kat Taiping pulak dengan family, kat kedai Doli. Doli Doli say aaaaa haha. Makan 4 orang, tapi order 7 pinggan, dasar nafsu kuda mengandung! haha. Aku tak puas hati kedai tu kenapa takde pekerja perempuan, owner dia je perempuan seketul kat dapur. Mungkin laki kerja lebih tangkas, yeke? Ke nak tarik perempuan datang? haha. Ok Nadia, jangan gedik! haha

Then acara menyoping la, 1 habuk pun aku tak dapat, tak berminat. Tapi aku nampak seorang perempuan manis semalam, suka gila tengok muka dia, woo statement very the lesbian! Abang dia boleh tahan kacak (ok ni sebenarnya yang aku nak sampaikan) hahahha. Okbye!

Eh eh nak cerita, semalam time aku pergi masjid, aku nampak seorang budak perempuan ni, umur lebih kurang 10tahun kot. Muka innocent je, senyum kat semua orang. Time aku bersiap dia tengah tolong kemas2 telekung. Baiknya haiii. Lepas tu dia tengok je aku bersiap, setiap kali aku terpandang dia, mesti dia senyum. Aku rasa dia orang susah, mungkin budak2 yang duduk area situ. Kesian tengok dia, da la baik. Terus aku berdoa supaya dia dapat jodoh yang baik haha tak pepasal, bak kata Cha, aku patut doakan permudahkan segala urusan dia tehee. Lupa pulak nak suruh dia doakan aku dapat jodoh yang baik, doa budak2 kan takde hijab =P. Ok ni betul2 bye haha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance