Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 29 August 2011

Last Day of Ramadhan in 2011 =')

Macam tak percaya esok last puasa, malam ni last tarawikh, karang last sahur. How time flies kan. Cukup ke amalan aku Ramadhan ni? Sempat ke merasa Ramadhan tahun depan? Alhamdulillah, aku rasa kehidupan aku semakin baik :) Harap apa yang diamalkan Ramadhan ni akan diteruskan sampai bila2 :D. Contoh; makan sampai pecah perut, ok gurau! Ramadhan bukan bulan semua orang kena jadi baik, tapi bulan PERMULAAN untuk semua orang terus istiqamah menuju jalan Allah, insyaAllah. Kadang2 rasa tak layak untuk aku cakap hal2 macam ni, aku pun banyak cact celanya lagi T__T Tapi sama2 lah kita betulkan apa yang salah :)

Selamat tinggal Ramadhan, I'll miss bazar you! Pecah rekod nusabangsa aku tak jejak sekali pun kat bazar Ramadhan tahun ni, semua masak sendiri, tapi bukan aku yang masak, mak hee. Kalau tengok kalendar akademik UUM, tahun depan pun insyaAllah kalau panjang umur, sebulan puasa kat rumah lagi :D Jimat den, hari2 makan sodapp, tak payah pergi bazar yang jual kuih 80sen sebijik -_-'' Baik tambah lagi 40sen, dapat aku kit kat

Raya tahun ni rasa tak meriah, tak tahu lah kenapa. Sebab aku makin tua ke? Erk! Shopping pun tak sediva dulu. Makin hari aku makin tak suka tempat yang crowded, bengang dengan orang yang pilih barang lama2 last2 tak beli apa. Mungkin sekarang musim hujan, suasana raya tu tak berapa nak hidup. Cousins aku pun malam2 main iPad, laptop, dulu kitorang main bunga api jerit2. Zaman betul2 da berubah. Sian anak2 aku nanti (tiberrr).

Eh tadi mimpi arwah tok. Dalam mimpi tu dia nampak sihat sangat, pakai kain pelekat hijau, tersenyum kat aku =') Tetiba rindu sampai sekarang. Tok, raya nanti Nadia ziarah 'rumah' tok eh? Tadi makan ikan talipia goreng garing2, licin kitorang kerjakan, then ayah cakap 'patutlah arwah abah suka sangat goreng macam ni kan', then mak menyampuk 'haah, siapa nak ambil dia tepis tangan' haha so comel my atok. Antara anak2 dia, mak paling kuat menyakat tok. Lepas salam2 raya, mak ambil semua angpau dia, tolong kira duit raya, then paksa tok bagi duit raya kat dia. No wonder raya tahun lepas, mak antara paling teruk menangis, maybe dia rindu nak kacau tok. Aku pun rindu nak salam tok, kiss pipi dia and selagi dia tak dengar aku mintak maaf, dia tak lepas tangan aku (padahal suara aku da kuat apa) =') Da setahun dia pergi, rindu ni tak berkurang lagi (crying)

ok lah people,
SELAMAT HARI RAYA
MINTAK MAAF
untuk;
-semua salah dan silap
-terkasar bahasa
-tergoreskan hati
sama ada secara sengaja atau tak
JEMPUT LA DATANG MEMINANG KE RUMAH :D
ada la biskut empat segi Hup Seng dengan air tea o panas sebagai penjamu selera. Haha
(rumah tak kemas lagi hoiii!)

2 comments:

  1. sila bwk balik kuih raya ke kachi..
    den nk merasa jugak kuih deme...
    haha
    salam aidilfitri

    ReplyDelete
  2. haha insyaAllah kalau ada lagi
    slm aidilfitri ^__^

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance