Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 14 August 2011

kenangan yang tak kan ada tarikh luput

Minggu lepas which aku tak ingat berapa Ramadhan, aku ada date Iftar dengan kawan2 MRSM. Haruslah pergi sebab ada special guest dari Pahang you olls, gigih sangat datang Perak semata-mata nak berbuka puasa sama2, padahal tak puasa kah kah kah

Aku gerak dari rumah dengan Ros, then ada 1 number text aku kata suruh pick up dia kat Petronas Gunung Lang, aku ingatkan Ili sebab tu number Sabah, tanpa syak wasangka terus kami menuju ke Petronas yang pernah jadi pembunuhan ngeri kepala nak terputus, ok tak yah cerita benda tu sebenarnya. Sampai je kat Petronas, aku pandang luar, yang aku nampak Dini, bukan Ili. Sambil terblur, aku pun bagi Dini masuk kereta. Dang! Rupanya selama ni aku message degan Dini, bukan Ili! Haha samdol! Nasib baik tak mengumpat Dini hahaha

Then pergi pick up Ili pulak. Rumah budak ni aku paling fobia, da dekat 10kali datang, aku tak ingat2 rumah dia yang mana haha. Aku da la failed bab2 jalan ni. Ili, tolong la kahwin nanti buat kat Hotel mana2 yang aku tahu. Kalau buat kat rumah, kau da ada anak 1 pun aku tak sampai2 lagi agaknya haha

Dalam pukul 6.30 sampai la kat Restoran Simpang 3, walaupun aku orang Perak aku baru tau Simpang Tiga tu nama restoran, aku ingat nama tempat, and aku baru tau wujudnya kedai masakan Indonesia tu. Ye, Indonesia dong, tapi kami tak la makan telur biawak =P. Kawan2 yang order makanan, aku ngap je apa2 depan mata. Makanan dia ok la, tapi ayam panggang dia perghhhh terbaik, juicy gila, rasa nak bungkus 15 ketul buat berbuka hari2 seterusnya haha

ha terliur? ok padan muka haha

Kat restoran tu kitorang je muda remaja, yang lain semua macam persatuan datin2, tak pun datang 1 family bawa tok nenek segala. Makanya, kitorang paling bising sementara tunggu makanan sampai, bila da azan, kitorang paling senyap -_-''. I had so much fun that night, syiokkk gila kot keluar dengan kawan2 perempuan yang kerjanya gelak je, mulut macam bertih jagung (apa significant mulut dengan pop corn pun aku tak tau).

Puan bakal Dr. Berry dari Pahang
Eh Nadia, tak payah serius sangat la ushar ayam!

sebelum berbuka ceria semacam, lepas berbuka just imagine -_-''

Dini, Ili, Intan, Berry, Ros, Bawang, Eyda, Nadia
ok semua da berpunya. bye HAHA

Tahun depan kumpul lagi yok!
Amboi, lambat lagi Nadia

4 comments:

  1. tiap2 thn mesti ade berbuka dgn korg.syiokkk! :D

    ReplyDelete
  2. tiap2 tahun kitorg mst syiok sbb ad berbuka :D

    ReplyDelete
  3. byknya kwn2 ko nadia..
    opss..ak lupa..bln pose
    (istighfar dlm ati):)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance