Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 4 August 2011

Allah tak kan temukan kita dengan orang yang salah

Sepanjang hidup kita, apa yang kita lalui, semuanya adalah pengajaran and pembelajaran hidup. Kadang2 benda kecil membawa seribu makna, cuma antara kita sedar atau tak je la. Kalau jenis manusia loading macam aku ni (siapa2 nak terasa pun dialukan haha), susah sikit la nak kecap (catch up). 

Kita selalu tertanya-tanya, bila kita nampak orang tu something wrong somewhere. Contoh; groupmate kita sendiri, kerja asyik nak marah je, itu tak kena, ini tak betul, tak boleh silap sikit. Dalam hati mesti kita terdetik 'ya Allah, kenapalah aku ditakdirkan group dengan dia? takde orang lain ke?' kan? Jangan nak tipulah takde walaupun sikit rasa tak puas hati! Haha. So why not we look it from the bright side? Maybe Allah nak jadikan kita lebih bersabar dalam melayan kerenah manusia sebab tu Allah temukan kita dengan dia. Agree?

Bila kita ditemukan dengan orang yang baik pulak a.k.a orang yang senang dibuli, suruh buat apa pun, senyum je, tak merungut sepatah pun. Kalau macam ni, Allah nak ajar kita jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Ada paham? haha

Setiap orang yang kita jumpa, ada membawa pengajaran masing2. Jumpa orang buta, untuk kita bersyukur kita ada mata yang celik. Jumpa orang yang suka mengambil kesempatan, untuk kita lebih berhati-hati di masa depan. Jumpa orang yang da nak mati, untuk mengingatkan diri yang kita pun akan berada di situasi macam tu satu hari nanti. Jumpa laki handsome naik sport car, untuk dingorat! hahahahahahaha!

2 comments:

  1. nadia bole jadi kaunselor dah laa.. haha :D

    ReplyDelete
  2. o ye? haha..nnt ad mlsh jumpe la aku =P

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance