Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 25 August 2011

aku yang dikata sombong

Bila aku tanya kat kawan2 aku apa dorang punya 1st impression kat aku, majoritinya akan menjawab 'kau sumpah cool oh' ok aku tipu, kebanyakan akan mengeluarkan satu word dengan penuh padu 'sombong!' hahaha.  Aku ingat lagi time aku kat MRSM, entah macam mana aku boleh berkawan dengan akak depan bilik aku setelah berbulan kitorang tak sedar kewujudan masing2. Bila kitorang da rapat. aku ingat lagi komen dia 'Nad ni gila2 kan, lawak, happy je, dulu akak ingat Nad sombong!' haha. Aku just senyum kambing :)

Aku memang manusia yang amat2 susah nak mulakan perkenalan, bukan aku memilih kawan, tapi aku tak reti nak approach orang. Macam ni ke; 'Hai saya Nadia, tinggi 158cm, umur 21, belum kahwin, awak?', ke macam ni; 'Oi, gua Nadia, ada masalah tak nak geng ngan gua, kalau takde jom pekena teh tarik'. Aku berat mulut, 1. sebab aku pemalu hahahaha sila gelak sampai raya aku pemalu. Weh betul la, aku tak malu dengan orang yang aku da biasa je, orang luar aku pemalu, sebab tu sampai ada nak buat menantu tapi tak tahu perangai aku macam hantu! haha.

2. Sebab aku bukan peramah. Aku tak mewarisi bakat mak aku, yang boleh masuk 1 kedai Cina tiba2 join Cina tu mengumpat Cina kedai sebelah -_-''. Aku lebih macam ayah, hanya banyak cakap dengan kawan2 rapat. Kalau dengan kelompok lain hanya mendengar dan mengangguk atau menggeleng, ketawa or tersenyum, or tunjuk muka simpati bila perlu.

Dua personaliti berbeza dengan orang yang aku rapat dan orang yang aku tak rapat. Aku tengok setengah manusia, kau campak la dia kat perkampungan orang asli Zimbabwe pun, dia still boleh bergelak ketawa sama2 tak sampai 5 minit berjumpa. Oh that's so not me! Aku memerlukan masa untuk tunjuk siapa diri aku sebenarnya kat seseorang. Aku tak kisah orang kata aku sombong dari aku hipokrit bergembira dengan orang tu padahal dalam hati memaki! Ye, aku memilih kawan jugak. Kawan2 aku semua brand otak lebih kurang aku. Aku memang tak boleh masuk dengan orang gedik, cepat sentap, hipokrit! Sekian, terima kasih haha

4 comments:

  1. pengakuan jujur..
    bleh berubah lps ni...
    yg penting ko start tegur laki dulu..lady first la katakan
    hahaha

    ReplyDelete
  2. haha aku bukn type yg lady 1st =P

    ReplyDelete
  3. aku tak kisah nadia type apa pun sebab aku tetap sayang Nadia Roslan :)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance