Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 4 August 2011

aku tak suka kerja yang remeh temeh

mak : Nadia, tolong mak buat biskut raya
aku : upah?
mak : amboi tolong mak pun nak upah
aku : mana ada benda free dalam dunia ni mak
mak : ha bak upah mak tolong mengandung and beranakkan kamu
aku : eleh ungkit haha. Nanti Nadia bagi la cucu kat mak. Ha nak berape?
mak : banyak la kamu
aku : nak banyak? boleh2, tapi tolong jaga sikit haha

So cuti ni aku tolong mak buat biskut raya, aku nak kerja lain mak tak berapa nak bagi. Aku nak kerja KFC ada shift malam, aku tau ayah tak bagi. Aku nak kerja 7e, pakcik aku tak berapa bagi 'kalau boleh cari la kerja lain, 7e tu ada jual arak, kalau nak kerja jugak, duit gaji nanti sedekah mana2 sikit'. Dengan pakcik aku yang ni aku hormat lebih sikit, dia la jugak cakap kat aku 'Beron, kahwin nanti jangan bersanding, kalau tak, Che Man tak datang' haha ok bos! Dia pesan kat aku sorang je rasanya, mungkin anak saudara yang lain tak pernah duduk dengan dia, so dia malas nak campur tangan sangat. So kepada en. bakal suami, kalau you nak bersanding, bersanding sorang2 eh, I nak makan ayam golek kat luar! haha.

Maka pengakhirnya aku duduk rumah tolong mak and tolong bisnes family sikit2 ;) Aku takde masalah nak buat biskut, tak terliur sangat pun sebab aku tak berapa into dengan biskut2 ni. Da nak seribu biskut siap, aku tak makan sebijik pun. Aku just penat dengan procedure 1 biskut ni, nama dia Blueberry Fillow, nama kemainn tak nak kalah di pasaran haha.

Remeh temeh yang amat buatnya, nak cerita pun rasa penat. Dengan nak bulat2 kan jem yang maha melengasnye, nak masukkan jem dalam doh, nak kepit2 bagi bentuk bunga, nak masukkan dalam paper cup, bakar lagi, susun lagi. Ha macam orang merungut tak? haha Da la order tu paling banyakkkkk! ya Allah kurniakanlah aku kesabaran. Biskut lain simple pejam mata je boleh siap. Tiba2 rasa nak menyeru masyarakat Melayu yang raya2 tak payah la nak makan biskut, apa kata makan twisties je? -_-

2 comments:

  1. nadia buat kuih?
    ak rasa byk yg hangus nnti..
    pape pon bwk mai kachi dulu..
    klu sedap ak tolong jual kt kachi...
    kah3...

    ReplyDelete
  2. haha aku tolong je la..kalo sume on aku, lingkup bsnes org lain =P

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance