Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 16 July 2011

sukarnya mendidik hati

Aku percaya manusia akan berubah, aku percaya pada peluang ke-2, aku percaya sejahat-jahat manusia mustahil tak ada walaupun seinci kebaikan dalam diri dia. Tengok je lah scene Ady Putra bagi duit kat budak tidur kat koridor kedai dalam filem KL Gengster (pengaruh TV la kau Nadia!) haha. Kalau korang nak tahu, ketua2 gengster kat luar tu, kalau balik rumah main aci kejar ngan kucing tahu! haha. Comel gila imaginasi aku =P

Aku tak nafikan, sukar untuk mendidik hati. Sukarnya nak padamkan dendam, susahnya untuk bersabar, sukarnya untuk ikhlaskan hati. Setiap orang mesti sooner or later ada terdetik untuk jadi lebih baik, right? So do I. Kadang2 tekad macam mana pun untuk berubah, bila alpa sikit, buat balik silap lama. Tak istiqamah namanya, hangat2 tahi kuda albino! Selagi hati tak bersih, selagi tu la sukar membentuk sanubari yang diredhai. Macam mana nak bersihkan hati? Solat 5 waktu sehari semalam? Itu wajib! Baca al-Quran? InsyaAllah. Banyakkan sedekah anak yatim? InsyaAllah. Ingat dari mana kita datang, apa yang kita ada siapa yang bagi? Cakap senang la Nadia, nak buat? Ha tu lah yang kita kena ajar diri kita, bagi aku, 1st thing kena penuhkan ilmu di dada, ilmu agama yang utamanya.

Bukan kesempurnaan yang aku cari, cukuplah rasa diri diterimaNya. Bukan cinta remaja yang ingin aku gapai, biarlah cinta berlandaskan syariatNya. Perbetulkan diri sebelum berani memegang komitmen, memegang amanah. Nak jadi lawyer perlukan amanah dan komitmen. Nak jadi anak yang baik, perlukan benda yang sama. Nak cari pasangan hidup yang baik? Cermin diri dulu! Haha. Ya Allah, ikatkan hatiku dekat padaMu! Aminnnn.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance