Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 25 July 2011

shopping raya dengan poligami memang takde kaitan!

Aku da shopping baju raya you ollsss! Tapi baru baju la, kasut, handbag, tudung, brooch, inner wear, pajamas, sume belum lagi haha. Semangat kan? Puasa pun tak start lagi hehe. Ayah aku lagi over, da pasang CD lagu raya dalam kereta, bernanah telinga dengar rasanya. Sabo je la hahaha. Tahun ni baju kurung aku colour hijau ala2 yang kalau aku tersangkut kat atas pokok, boleh la buat pertandingan cari barang tersembunyi!

Teringat time kecik2 dulu, pakai baju kurung hari raya pertama je, tu pun setengah hari. Hari raya kedua selamat tinggal la baju tradisional, pakai jeans je! Haha. Da besar2 ni, bila request macam tu, mak mesti cakap 'takde orang nak baru tau'. Terus rasa seram sejuk, terus rasa nak pakai baju kurung sepanjang tahun. Ape hal ntah? Risau sangat kau Beron! Takdenye orang tak nak kat kau sebab kau tak pakai baju kurung! Haha. Boooo! Tapi sebagai gadis timur, kenalah mengekalkan ciri2 kemelayuan yang sopan di hari raya, kot2 ada orang terpikat, untung di situ! Hahahaaha (hilang terus ciri2 gadis Melayu)

Eh da lari topik! Hari tu aku pergi teman mak buat rawatan acupuncture. Pakcik aku suruh aku buat sekali sebab aku selalu migrain, dia nak sponsor katanya, dia tak suka aku asyik makan ubat, tak elok kabonya. Mengalahkan doctor, padahal dia engineer! Haha.  Tapi sorryla, aku takde kekuatan la nak bagi orang cucuk2 aku, nanti2 la yek! Hehe

Mak aku buat kat 1 family ustaz ni, yang buat kan mak aku isteri dia. Aku masuk je rumah die, terkejut aku, anak2 dia ramai gila, semua lebih kurang je umur. Then dia cakap, anak dia ada 10. Wow! Tengok kenakalan anak2 dia, memang kalau aku jadi dia, ada yang anak aku kena duduk atas atap rumah karang! haha (ni la beza dengan orang alim =P) Anak2 dia comel2, nama pun sedap2; Adam, Daud, Ummu, Maryam,  semua ada kena mengena dengan nabi2 :)

Then tiba2 datang seorang perempuan cantik, berkulit putih, bertudung labuh, sopan je. Dia datang dengan 3 orang budak perempuan yang comel2. Dia cakap kat ustaz tu 'Abang, saya letak dorang kat sini jap, nak pergi belajar menjahit'. Kebetulan isteri ustaz yang tengah merawat mak aku keluar, perempuan tu pun cakap kat dia 'Kakak, saya tumpangkan anak2 kejap eh'. Ustazah tu just tersenyum. Aku syak perempuan cantik tu adik ustazah tu, sebab dua2 sama cantik. Makin ramai kroni, makin meriah la rumah tu.

Lepas mak aku da siap dirawat, aku dengar ustazah tu sembang dengan mak aku, yang budak2 yang baru datang tadi anak tiri dia. Aku like 'woww! hebatnya ustaz ni, dapat isteri cantik2 hehe'. And hebatnya perempuan2 cantik tu, bahagia dimadu. Tak semua madu sanggup jaga anak madu dia. And tak semua perempuan rela dimadu (sambil tepuk2 bahu sendiri). Tahniah kepada ustaz tu, dapat membina keluarga yang harmoni dengan isteri2 yang cantik dan anak2 yang comel. Betul lah orang cakap, nak ikut syariat agama, ilmu agama mesti kuat dalam dada, baru bahagia :)

8 comments:

  1. thnx buat kite gelak malam2 buta ni :D

    ReplyDelete
  2. tak suka uztaz kawen banyak tapi org lain kawen banyak aku tak berapa kisah !

    ReplyDelete
  3. yaya; hehe my pleasure ^_^

    tqah : y yg? haha aku x suke sume..blh? =P

    ReplyDelete
  4. weh baju raye ak dah siap jahit dh tinggal nk pakai je. wuhuuu tak sabonye nak rayee..

    ReplyDelete
  5. korg over taw.ak bj raya pn ibu ak bg asa seminggu pk nk warna ape..tak temui jwpn ag..haha

    psl bermadu.ak pn xsetuju..hee

    ReplyDelete
  6. doakan semoga nadia juga tabah menjadi isteri solehah yang dimadukan...ayt akhir blog ko tu hebat...
    hahaha

    ReplyDelete
  7. eyda; colourless la eyda, baru rare! haha kite mmg bukn prmpuan yg gagah nk dimadukn hehe

    muiz; wooo! xnk aku bermadu haha

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance