Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 7 July 2011

sebulan kontrak sebagai suri rumah?

Hari ni aku demam, entah kenapa tiba2 je. Mungkin sebab semalam bantai sekilo rambutan + manggis, ah niceee! Nak makan ubat, da habis, nak pergi beli karang ada pulak tragedi motor terperosok bawah lori balak pulak. Maka, marilah makan manggis lagi seplastik sebagai obattt!

Mak pulak puasa hari ni, puasa sunat maybe, aku yang tak ganti2 lagi sehari ni bila entah nak puasa =P So nak tak nak, aku lah yang kena masak dalam keadaan separuh sedar. Aku masak sambal tumis telur separuh masak je sebab aku pun separuh sedar ni hehe. Then goreng ikan sardin. Simple and settle! Yang nak makannya budak2 je pun, sedap ke tak sedap dorang telan je. Tapi kalau tanya sambil jegil mata "Ayong masak sedap tak?". Terangguk-angguk dorang sambil tertelan-telan nasi. Budak2 memang jujur =)

Aku belajar masak benda yang aku suka je haha. Sambal tumis, masak kicap, kari and nak belajar sweet sour, gulai asam, gulai tempoyak, sup, tomyam (eh banyaknya aku tak reti masak lagi) haha. Gua memang tak feel sangat rendag dengan masak lemak, entah kenapa, tak kena dengan tekak. So kepada bakal en. suami (entah siapa2), sila belajar sendiri kalau nak makan benda tu hahahhaa gila kejam aku!

Aku ingat nak kerja, nak cari duit, ni la nasib ibu tunggal (tiberr). Tadi da dapat $$ dari uncle aku sebab tolong dia buat kerja, Alhamdulillah murah rezeki :D Da boleh saving nak kahwin haha (padahal aku nak kumpul duit nak berjoli sakan ;D) Nanti ada sorang uncle aku lagi suruh buat kerja, semua hanya memerlukan internet dan laptop je. Very the easy, very the rasa macam wanita berjaya yang hanya berkerjaya dari rumah sambil pakai kain batik (ok tipu, aku tak reti pakai kain batik -_-'')

Aku ingat nak kerja KFC or 7e yang ada shift malam, tapi aku berani kerat jari bapak tersayang aku tak kan bagi punya kerja camtu wuwuwu. Ntah kenapa tak feel rasanya kerja siang, tak thrill la Ayah! haha Kalau dia tak bagi, sebagai anak yang taat kepada ibu bapa, aku duduk rumah je la buat kerja suri rumah; masak, jaga budak2 nakal ni, kemas rumah. Ah very the mak2 haha. Tapi ayah, elaun jangan lupa eh?; topup, elaun baju raya, wayang, makan, buku komik. Ha nak bagi Nadia kerja ke tak? bahahaha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance