Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 20 July 2011

#ragamhidup

Hari ni hidup dimulakan awal pagi, kena pergi beli breakfast. Dalam mamai2, sampai 1 traffic light turn side aku jalan, aku pun tak fikir apa da, tekan la minyak. Aku memang dengar siren bomba, aku fikir dia belakang aku, sekali aku pandang kanan dia tengah menghala ke arah aku dengan gaya 'yooooo! makan budak!'. Scary kan? Macam sycho pulak imaginasi aku ni. Nasib baik aku sempat speed kalau tak memang senang sangat aihh nak hantar aku ke hospital, sebab trafific light tu depan hospital -_-'' Terima kasih pakcik bomba kerana alert untuk brek emergency, saya tak ganti puasa lagi sehari (tiberr). Kepada tuan yang rumah terbakar panggil bomba tu, sorry kalau sebab aku, bomba lambat sampai 10 saat maka 1 rumah ko terbakar. Really sorry T_T

Tengah hari aku pergi jumpa girlfriends, boyfriend takde, maka kita kena ada girlfriends. Sembang pung pang pung pang, dekat2 3 jam jugak kitorang bergosip dengan janji silang anak jari minggu depan nak jumpa lagi. Perempuan2! haha. Masuk je kereta, baru nak pakai glove memandu, ah gedik kau Nadia nak pakai glove! Hoi tangan aku hitam nanti siapa nak kahwin ngan aku ha? Padahal memang hitam Y__Y. Aku ternampak kertas beralun riang di wiper. Aku keluar pergi tengok, secret admire zaman sekarang boleh tahan stylo cara mengorat. Ehem! Hahahahahangguk kau secret admire, surat dari pak polisi dong! Kena sama sebab parking lawan arus. Hek eleh! Aku tak kacau lalu lingtas pun, lain la aku parking melingtang trang tang tang! =P Nasib baik ayahanda aku senyum je, kalau kena saman sebab speeding, alamatnya bye2 lesen huhu

Petang aku balik kampung kejap makan manggis hehe. Eh makan laksa juga :D Time kat kedai laksa tu aku nampak ada seorang budak laki sekolah rendah mungkin, berbaju biru datang naik basikal mintak kerja weh! Katanya nak duit nak beli buku. Naluri keibuan aku lantas tersentuh melihat budak sekecil itu gigih mencari rezeki. Kesian aku tengok muka dia, rasa nak buat jadi anak angkat. Ok over! Kau pun mak ayah tanggung lagi. Tehee :) Aku tabik dengan kesungguhan dia, bila kawan2 yang lain main bola petang2, dia kemas meja, cuci pinggan T____T Kalau campak adik aku kat tempat dia, aku berani jamin kerat kepala dia tak boleh survive! Haha gila jahat pandang rendah kat adik yang lagi tinggi dari aku.

Itu je lah cerita hari ni selain ada seorang perempuan tak berapa nak bijak, mungkin otak tertinggal atas katil sebelum pergi kerja, da tau kau block kereta orang, alihkan la Datin oi! Boleh pulak dia buat muka slumber macam dia sorang bayar road tax! Kalau ada Optimus Prime tadi, aku da suruh die langgar kereta orang tu. Nasib baik Prime kesayangan I tengah istirehat kat Madagascar lepas penat bertarung. Auwww!

Dengar lagu ni dan lagu ni. Sekarang! I said now!

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance