Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 28 July 2011

makin maju negara, makin sycho rakyatnya HAHA

Percaya tak sumbangan kepada kecanggihan teknologi yang buat makin jahat seseorang tu. Aku rasa kadar jenayah melampau kat negara maju mesti lagi tinggi ratenya dari negara mundur. Yela, kat negara mundur paling hebak pun bunuh orang guna parang karat, kalau kat negara maju tak ke bersepai otak orang kena tembak dengan M16? Especially negara2 yang barang teknologinya sangat lah easy access. Penggunaan telefon bimbit, ipad, segala samsung tab semua tu pun berguna dalam perancangan sesuatu jenayah. Kau ingat kalau guna burung merpati sebagai utusan, semua kerja boleh berjalan lancar? Non hadooooo! Eh aku sebenarnya bukan nak cerita pasal jenayah. Apa kau melalut ni Beron? haha

Sejak kebelakangan ni aku jumpa ramai orang sycho. Orang yang macam cacing kepanasan bila tengok orang lain bahagia. Apa jenis manusia ntah! Hari tu ada orang kacau aku, aku tak layan! Ingat aku agas ke kau bagi message2 nak berkenalan then aku nak layan? Like euwww! Then tiba2 dia maki aku kata aku sombong la apa la. Eh kau?? Tak faham aku manusia macam ni. Kawan aku kena lagi lawak, tiba2 dapat IM dari orang tak kenal, cakap kat dia; tak guna muka lawa kalau perangai buruk. HAHA Orang mental ni kalau dilayan kita yang gila. 

Kau ada hidup kau, aku ada hidup aku. Kita buat hal masing2, boleh? Aku tak pernah kacau hidup kau, aku tak pernah maki2 orang ni, yang kau macam tiba2 tak puas hati kenapa? What's your problem actually? Please tell me baby, aku memang pakar psychiatric! haha. Aku kesian orang macam ni, macam kurang kasih sayangg. Aku da ada bakal suami la (tapi tak tahu siapa haha). Nak berkenalan, pergi tackle budak tadika la! Bagi lolipop bentuk love warna warni, sure dorang cair! haha. Nak berkenalan ada caranya bro, jangan agas sangat, jangan ingat kau akan dapat apa kau nak! Lepas tu tak dapat, meroyan macam orang gila. Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Acece aku, ligat berperibahasa sekarang! haha. 

Each of us deserve the happiness. Aku harap aku tersenyum bila nak meninggalkan dunia ni. Jangan ada dendam dalam hati. Walaupun sukar untuk melupakan sesuatu, tapi cubalah maafkan dengan seikhlas hati. Cari lah walaupun 70 sebab untuk bersangka baik kepada seseorang. ^^v

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance