Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 12 July 2011

kisah sedih ikan di post mortem

Hari tu aku ada cakap aku nak belajar masak gulai asam kan? Hari ni aku berjaya melunaskan cita2 tersebut. Senang je rupanya masak benda tu, kalau aku tahu dari tadika aku da suruh mak aku ajarkan haha. Very the easy, campak2, dan siap! Wah very the berlagak statement aku haha. En. bakal suami, dalam 7 hari nanti, 5 hari kita makan gulai asam je eh, lagi 2 hari kita makan luar! hahahhahaa

Aku ada sejarah buruk dalam proses menyiang ikan. Ikan kita siang eh, bukan sembelih. Last aku siang ikan time darjah 5. Time tu mak aku bagi beberapa ekor ikan, gunting, berus gigi, lepas tu dia tinggalkan aku tanpa ilmu di dada. Menggunakan logik akal, maka aku memulakan proses post-mortem ikan2 tersebut.

Selepas 15minit, mak aku datang melawat aku, lalu menjerit lantas ketawa berdekah-dekah. Aku terpinga2 kebingungan. Dan aku menjadi bahan gelak selama  2 3 hari mungkin. Hey what do you expect from 11 years old cute innocent girl? Time tu baligh pun belum, pemikiran masih di bawah sedar! =P Fikiran aku time tu nak cepat siap and nak pergi main pepsi cola magnolia je dengan scandal2 sekolah rendah. Keh keh keh

Nak tau apa aku buat? Eh tak baik mengaibkan diri sendiri! haha. Ok lah, aku cerita, sebagai pengajran kepada anak2 gadis di luar sana. Auwwww! Mak aku bagi berus gigi kan? Ikut logik berus gigi apa kegunaan dia? Tak kan buat berus badan, mesti berus gigi kan? So aku beruslah gigi ikan2 tu! Tensi aku sebab gigi dorang kecik nak mampus! Ok siap berus gigi, guna sabun lagi kau! Bersih berkilat dijamin bersih! Nak guna ubat gigi rasa macam over pulak! haha

Lepas aku cuci isi2 perut die, aku sedar aku tak guna gunting lagi! Tiba2 aku teringat pesanan ustazah aku, kepala ikan tak elok makan, nanti otak lembap! Oh yeahhh, maka dengan yakin aku cantas kepala ikan2 yang kasihan tu dengan gunting. Lepas tu aku tertanya-tanya, apa guna berus gigi kalau nak cantas kepala? Ah gasak la! 

Maka hari tu kitorang sefamily, makan ikan tanpa kepala! hahahhaha Sumpah hodoh! Lepas kejadian hitam tu, aku da tak siang ikan sampai hari ni. 10 tahun tu aku merajuk taknak siang ikan dah! hahahha. Tapi hari ni dengan bangganya, aku da tak mengulangi sejarah lama. Siap masak lagi! Ok da boleh kahwin! haha

5 comments:

  1. hahahahhaha. dh boley kawen yeay ! :P

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Nanti aku nak kau gorengkan ikan special xde kepala utk aku sorang boleehhhh? :p


    -sabrina

    ReplyDelete
  3. aku pun tak lepas2 lagi nak siang ikan. HAHAHAHA!

    ReplyDelete
  4. sab; eh x pyh perli sgt la! hahaha

    armi; haha lg truk! x leh kwen lg la ko! hahaha

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance