Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 16 July 2011

How to handle a kid?

Walaupun aku masih tak berpeluang untuk berkahwin ape ntah lagi memiliki zuriat, tapi aku ada banyak pengalaman dalam menghandle kanak2 yang ya Rabbi dengan nakalnya, degilnya, cukup pakej untuk buat kau gila haha. Dari yang baru lepas pantang sampai la tadika, dorang bukan adik2 aku, tapi cousins yg mak aku jaga time parents dorang kerja. Total up; 6 orang. (pengsan)

Dari pengalam aku, setiap stage umur ada cara2 tertentu nak jaga, nak didik. Ok let's start;

baby - setahun
Part ni ada yang leceh ada yang menyenangkan. Yang leceh kau tak tau apa dia nak! Time dia menangis buat la lompat kangaroo depan dia sekali pun, dia tak kan diam kalau itu bukan kehendak dia. Selalunya, first thing aku akan buat, bagi susu, kalau dia sembur kena muka korang, anggaplah sebenarnya dia nak cakap 'aku tak nak susulah ngok'. Da tak jalan cara tu, cek pulak pampers dia, kot2 da basah ke, berak ke, ada semut ke. Kalau tak jalan gak, kau berdiri bawa dia jalan2 kat luar, beb baby pun ada perasaan nak merasa kebebasan haha. Kalau tak lut gak apa kata kau bagi ubat batuk or campak atas kipas! Hahahahaha Memain je! (mampus takde siapa nak kahwin dengan aku karang). Tapi kalau da berleluasa sangat, bawa2 la pergi jumpa doctor or ustaz :)

Yang senangnya stage ni, dorang tak banyak songeh. Ikut je ke mana kau nak bawa dia, nak dukung pun ringan lagi. And telatah dorang membesar, sangat mengusik jiwa keibuaan! ;) Auwww haha

Setahun - 2 tahun
Selalunya stage ni dorang da dapat kaki (pandai berjalan *kalau aku tak explain, ada yang tak faham karang* hehe). MasyaAllah jenuh nak mengejornye ehhh. Nakal tak payah cakap la kan, lari sana sini, panjat sana sini. Tu yang ada kes anak kene ikat pergi shopping complex tu haha.Umur macam ni, selalunya aku akan ikut segala kehendak dorang. Nak susu? Aku bancuhkan. Nak makan nasi? Suapkan je. Nak suruh dukung? Aku angkat kan ;)

2 tahun - 3 tahun
Dorang da pandai meminta and merengek. Time ni aku da ajar dorang what is give and take. Aku tak kan ikut cakap dorang 100%. Time ni aku da start ajar dorang makna hidup acececece ayat mintak kasut sangat nak ajar budak 2 tahun makna hidup haha. Well, melentur buluh biar daripada rebungnya, right? 

Scene 1 
aku : fatini, tolong ayong ambil remote atas meja TV tu (sambil tunjuk meja yang mana)
Fatini : (terkedek-kedek pergi) Ni? (tunjuk sikat)
aku : bukan, sebelah dia
Fatini : (ambil, datang kat aku and bagi)
aku : terima kasih, pandai adikkkk! :) sayang sikit (kiss pipi dia)

*Selain ajar die kenal barang, boleh jugak ajar dia macam mana nak appreciate kalau orang tolong kita - iaitu by say thank you and give a  smile :)

Time ni, aku da start lawan siapa lagi degil antara siapa! haha. Aku da start tegas, sebab aku tak nak dorang terlampau dimanjakan, tapi kena buat dengan penuh diplomasi ;)

Fatini : ayong, nak cu (susu)
aku : mandi dulu, baru boleh susu
Fatini : nak cuuuuu
aku : mandi dulu
Fatini : ayong, nak cuuuuuuu (da start merengek)
aku : adik tak nak mandi, ayong tak nak bancuhkan susu
Fatini : nak cuu! nak cuuu! (ok budak ni memang degil gila!)
aku : takde2, mandi dulu
Fatini : (da start nak meraung haha)
aku : (mulakan dengan cara berdiplomasi bila da bertegas tapi tak jalan). Adik, mandi dulu eh, da wangi2 nanti, ayong bancuhkan susu. Adik nak gula2 tak? Ha karang ayong bagi dengan susu sekali
Terus dia buat gaya nak bukak baju, setuju nak mandi lettewww ;)

Dari 3 - 6 tahun tak ada apa sangat. Kalau kita da ajar dari kecil, so bila da besar tak de masalah sangat. Just makin gedik, degil tu memang tak dinafikan, rasa nak rebus2 buat sup, nasib baik anak orang! haha. Eh aku da tau masak gulai kurma and sup (muka bangga padahal orang lain berjanggut da tau -_-). Yeayyyy! Da boleh kahwin bukak nursery and restoran sekali gus! haha

Fatini (baju belang) - muka je lembut, tapi nakal and garang tak hengat! Hari2 aku kena tengking dengan dia
-_-''

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance