Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 27 July 2011

budak2 memang innocent ^_^

-Scene 1-
Time tu aku kat Tesco Taiping, aku masuk toilet dia. Aku ternampak ada seorang budak laki umur lebih kurang 3 tahun berdiri atas singki nak pakai seluar. Then aku terus masuk toilet. Dari dalam toilet, aku dengar dia sembang dengan mak die

budak : Mummy, kenapa kakak tu masuk dalam tu?
mak : kakak nak salin seluar
budak : ala buat je lah macam adik, salin dekat sini, kan senang 

Aku dalam toilet punyalah gelak. Hai sabar je la. Untung la adik oi kalau semua orang boleh salin seluar kat singki cam kau =P

-Scene 2-
Time ni aku kat kampung, tengah message2, tiba2 cousin aku Asyraf (5 tahun) datang dekat. Dia ambil handphone aku belek2. Tiba2 ada message masuk. Kan lambang message, adalah sampul surat. Dia punya excited bercakap tak payah cerita

Asyraf : Huyooo, canggihnya handphone ayong, ada posmen boleh hantar2 surat 

Hahahaha. Jangan sengal sangat boleh??

-Scene 3-
Hadif (3 tahun) baru belajar tak pakai pampers. Kalau buang air kecil dia ok la, da terajar. Tadi aku rasa dia lama dalam toilet, aku bagitau la mak. Bila mak datang kat dia, menjerit mak

Mak : Hadif, kenapa tak tak duduk atas jamban?
Hadif : Kita tak pergi sekolah lagi la, mana kita belajar lagi nak duduk atas jamban

Hahaha. Ok fine, nak tunggu semua belajar kat sekolah, mati la!

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance