Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 14 July 2011

biar rompak harta, jangan rompak jiwa

Pagi semalam aku dikejutkan oleh berita rumah auntie aku dirompak, haha tipu, sebenarnya aku dikejutkan oleh mak aku, tapi hal kene rompak tu betul jugak tehee :) Makcik aku ibu tinggal sebab suami kerja kat KeyElll mencari rezeki di Chow Kit Road dan hanya balik di hujung minggu untuk melepaskan rindu keh keh keh

Dalam rumah tu tinggal makcik aku and 3 orang anak perempuan berumur 4 tahun - 11 tahun, seorang anak lelaki tak tinggal bersama kerana mungkin nak jadi anak derhaka. Habis laptop, barang emas yang bernilai mungkin lebih 5k lesap bagai habuk ditiup angin. Alhamdulillah, tiada kerosakan jiwa berlaku hanya kehilangan harta yang boleh dibeli kembali dengan sekelip mata (bagi keluarga mereka). 

So kepada mak2 yang mempunyai nasib yang sama terpaksa berpisah dengan suami tercinta untuk sementara, carilah alternatif terbaik untuk memastikan rumah sentiasa dalam keadaan selamat. Aku tak kata kalau ada suami kat rumah perompak tak kan masuk rumah, but kalau ada laki dalam rumah rasa selamat la jugak, tapi kalau suami korang tikus pun dia takut, baik korang pergi belajar seni mempertahankan diri haha

Selain pastikan setiap tingkap dan pintu bergrill dan bermangga, selain letak besi besbol sebelah katil, selain sorok m16 bawah bantal, selain memasang cctv atau apa2 penggera, berlindunglah di bawah nama Allah, insyaAllah kalau kita berlindung dengan nama Dia, for sure dia akan melindungi kita. :) (hambek ko, ustazah pilihan sangat ayat) tehee

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance