Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 6 July 2011

apa yang aku temui?

tidak ku temui 
lelaki seperti ayah
yang menyayangi diri aku apa adanya
yang memahami setiap inci diriku
yang mendidik aku seperti merpati jinak
biarkan aku terbang bebas
tidak terlalu tinggi
senang melepaskan aku pergi mencari rezeki
kerana dia tahu aku akan pulang kembali
tetapi hanya selalu gusar merindui =')

tidak ku temui
lelaki yang melafazkan cinta bukan hanya di mulut
tetapi juga dari dalam jiwa

tidak ku temui..................................lagi

yang aku temui
lelaki yang menabur harapan
bukan hanya pada seorang perempuan

yang aku temui
lelaki yang memburukkan keadaan
untuk menutup khilaf sendiri
beginikah yang dipanggil si berani?

*woahh cam prejudis gila pulak aku kat laki haha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance