Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 19 June 2011

sama ada kita yang ditinggalkan atau kita yang meninggalkan

Semalam seorang nenek saudara aku telah pulang menemui pencipta Yang Maha Esa. First time dalam hidup aku, aku tengok acara pengurusan jenazah dari awal sampai ke liang lahad. Tengok je la yang mampu, nak mandikan tak berani, nak masukkan dalam liang lagi la woihhh haha =P Ok you can call me loser, da umur 21 baru terhegeh2 nak tengok semua ni =P Aku rasa nak belajar la semua ni in detail. At least zaman aku nanti (kalau umur panjang) boleh aku buat fardhu kifayah ni. Aku risau in future takde siapa tahu nak uruskan jenazah =( Tak kan nak uruskan diri sendiri kot? =P

Tapi sumpah insaf sampai ke lubuk merbau sanubari la tengok benda2 camni. Memang mengingatkan sangat bahawa satu hari nanti aku pun akan ada dalam 'bath tub' tu, bahawa satu hari nanti akan ada orang seru aku as 'Nurul Nadiah bt Yang Zainuriah', bahawa satu hari nanti akan ada orang yang menangis atas kehilangan aku, eh ke dorang akan gembira? Erk! =P

Mati itu pasti, bila je yang menjadi persoalan di hati. Waktu ajal sampai, tak kan lewat atau awal sesaat pun, semua da ditentukan, and if I'm not mistaken, cuma cara mati je boleh diubah (correct me if I'm wrong). Berdoalah agar kita mati dalam keadaan yang aman dan senang :)

Bila tengok muka pucat si mati, terdetik di hati 'sudah bersediakah aku kalau dijemput pergi?'. Perghhh! Mesti la jawapannya 'Nehiiiiiiiiiiiiiii!'. Banyaknya dosa woiiii! Dosa paling kecil pun aku baru buat ha; main picit2 semut -_-". Belum kira dosa ngan mak ayah lagi tu, ngan suami kawan2, yang penting dengan Allah :(. Da tau banyak dosa Nadia, tak reti nak hinsap2?? =P Semua orang mesti nak masuk syurga kan? Sila daftar diri kat Tg. Rambutan kalau rasa nak masuk neraka tu! 

Pah We (nenek saudara) amanlah kau di sana. Kalau jumpa tok Nadia, kirim salam eh, tell him that I miss him so much. Nanti kita jumpa kat sana okeyhhh? ;) Al-Fatihah for both of them =')

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance