Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 11 June 2011

permintaan pertama pada bakal en. suami

Tengah hari tadi aku pergi 2 kenduri kahwin, dengan cuaca sekarang nak keluar tengah hari rembang bukan pilihan yang bijak. Tapi memikirkan mereka mungkin balas dendam tak datang kenduri aku nanti, jadi aku gagahkan kaki melangkah dan cuba ikhlaskan hati :) Takde siapa nak datang kenduri aku nanti, siapa nak habiskan lauk weh? (kalau kahwin la) hahaha

Kebetulan aku sampai 1 rumah ni seiring dengan pengantin, maka aku ushar baju dorang. Mak aih! beropol-ropol, tebal mengalahkan kulit buaya. Berpeluh-peluh aku tengok pengantin tu, cair make up nyahhh! Betul lah, beauty needs suffer. Nak nampak cantik di hari kahwin kita, terpaksa la sarung baju berat, beads 1 kilogram, kain berjela-jela 1 kilometer, tapi apa boleh buat? Redah je la, kahwin sekali seumur hidup (insyaAllah :) ) Kalau  kahwin setahun sekali, memang aku akan pakai t-shirt and jeans je kahwin nanti =P

Ni bukan nak menuduh la, just aku tertanya-tanya sebab aku takde experience. Aku tengok selalunya pengantin sampai rumah pukul 1 petang camtu la, dodeh2, sembang sana sini, tangkap gambar, yang bersanding tu nak renjis2 lagi da sampai pukul 3 or 4. Sementara make up tak cair lagi, so lepas tu boleh la pergi outdoor photoshoot pulak. Persoalan di benak aku; bila solat Zohornya? Kalau perempuan uzur, lelaki? Ke boleh masuk dalam darurat? Otak logik aku kata tak boleh. Kan?

So dengan ini, dengan sukacitanya, aku nak request dekat bakal en. suami aku nanti nak buat majlis resepsi sebelah malam after Maghrib. Da selesai solat kan tenang hati, Isya' lewat sikit pun takpe ;P. Malam pun sejuk, tenang je nak makan hehe. Tapi kena buat kat dewan la. Ingat rumah aku stadium ke ada lampu terang benderang. Da la rumah aku kawasan kampung, tengah ambil makanan terpijak ular siapa nak jawab? Tengah makan tercekik batu siapa nak tanggungjawab? haha

Logik tak permintaan aku? Logik kannn? tehee. :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance