Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 5 May 2011

tazkirah keluarga

dari aku balik last week, kerja aku buang masa! buang masa! main game!  makan! online! merayap! takde langsung aktiviti berfaedah..ada la sikit; selak2 note sambil tanya diri sendiri apo dio ni?? nampak sangat da mensia-siakan 1 sem dekat UUM T__T <===== air mata tidak berguna lagi Nadia! kah kah kah

one of my uncle (Che Man) adalah Imam masjid..ye Beron semua orang tahu yang Imam kerjanya di masjid, bukan library! -_-''..aku adalah manusia yang jarang ada kat rumah, kerana merantau untuk menggapai secebis ilmu dunia..acehhh! sejak habis SPM aku da tak  pernah pergi kelas agama, semua aku baca sendiri (kadang2 je pun T_T)..so aku tak tahu menahu yang kat rumah aku setiap minggu Che Man akan ajar mengaji or bagi tazkirah..ajar mengaji tak la bermaksud dia ajar dari iqra 1, just dia ajar tajwid and betulkan bacaan..da besar gajah, kalau tak reti mengaji lagi, sila la malu dengan cousin aku yang berumur 6 tahun!

semalam, tengah syok2 aku berperang dengan note game, tiba2 makcik aku suruh pergi pakai tudung, aku tengok kat hall dorang semua tengah bersekedudukan dalam bulatan..pelik la aku, sebab jarang kitorang nak baca yassin hari Rabu! oh rupanya Che Man nak bagi tazkirah..sebelum bergegas ambil tudung, sempat la aku pause kan game dulu ;)

semalam Che Man cerita pasal bersuci, tapi tak habis lagi..next week mengaji, maybe sambung next two weeks which time tu aku tengah final exam..mungkin bila aku da balik, da masuk topik berjimak agaknya..kah kah kah! -_-''..lepas habis dia ajar, dia tanya la soalan..walaupun yang tanya tu pakcik aku yang suka sekeh2 kepala aku, yang suka peluk bahu aku sambil cerita benda merapu-rapu, yang suka usap2 kepala aku, tapi bila dia tanya soalan agama, berdebar jugak ehh jantung den ni haa nak menjawabnyo.. nasib dapat jawab..pintar dan serba boleh betul Nadia ni! hahahahah

Che Man : Beron, kalau la kan sekor babi ni da takde keje sangat, terjun dalam 2 kolah air, then dia keluar, boleh tak kita guna air tu untuk bersuci??
aku (dengan separa konfiden) : boleh! selagi air tu tak berubah warna, bau dan rasa..tapi kalau Nadia nampak babi tu terkinja-kinja dalam air tu memang Nadia tak guna la walaupun lepas dia keluar tak mengubah apa2 struktur air hehe
Che Man : betul! berapa ukuran sebenar 2 kolah tu??
aku : lebih dari 60cm x 60cm, or kalo rajin timbang lebih kurang 168kg air hehe

first2 dia tanya jenis2 air mutlak, nasib baik dia tanya kat cousin aku yang berumur 6 tahun, aku da lupa! tapi aku buat muka konfiden tahu! haha..air mutlak yang aku ingat; air sungai, air embun, air salji, air hujan, air mata air (lagi 2 lupa, padahal baru belajar semalam T_T)

seronok jugak buat aktiviti macam tu, tak de la keje nak merapu je..walaupun Fatini and Hadif main tendang2 belakang Che Man time dia bagi tazkirah..dia cool je, kalau aku da ikat dorang kat tiang haha..tahukah kamu bahawa sunat untuk meminum air zamzam secara berdiri?? aku baru tahu ni..semalam makcik aku ambil air zamzam dari rumah aku..aku cakap kat dia Mak Ida, jangan lupa minum berdiri, nak lagi elok diri atas kerusi haha..lalu dapat balasan hotak kamu! hahahha

2 comments:

  1. apesal kite rase family akak ni one happy family at home eh?? best je bace crita akak :)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance