Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 29 May 2011

forum keluarga; perihal jin

Semalam after dinner, aku, my parents, cousins, aunties and uncles lepak luar rumah ditemani lampu spotlight. Macam2 cerita keluar, entah macam mana terkeluar cerita pasal jin. Topik ni la kami bincangkan sampai midnight. Jadahkan cerita benda2 macam tu tengah2 malam buta? haha

Mari aku rumuskan berdasarkan cerita semua orang. Kebanyakannya tahu benda2 ni dari ceramah2 agama. Ketua jin yakni tok nenek moyang dia adalah Azazil, nama kemain glamour. Dia ni adalah makhluk paling taat pada Allah sampai la time Allah suruh dia sujud pada Nabi Adam and dia dengan takburnya mempersoalkan 'why must me sujud kat makhluk yang diperbuat daripada tanah padahal aku dibuat dari api? kamonnn' 

sejak hari tu dia dihumban dari syurga tapi dengan 2 permintaan; first seperti semua orang tahu, dia nak hasut manusia sampai akhirat, second, dia nak hidup sampai akhirat. Yes, dia masih hidup dan aku tak dapat bayangkan betapa tuanya dia. And kita tak tahu pun dia di mana sekarang. Mungkinkah di dasar laut? Di atas awan? Atau di sebelah aku tengah tengok aku buat entry pasal dia? Erk! Di zaman Rasulullah dia pernah lalu depan Rasulullah and sahabat2 dengan menyerupai orang tua bongkok tiga. Sekarang aku tak tahu macam mana bongkoknya dia.

Di zaman Nabi Sulaiman, di mana jin2 semua takut pada baginda, Nabi Sulaiman pernah menangkap and mengikat seekor jin. Time tu jin tu bersumpah 'Lepas ni jangan harap ada manusia yang boleh menangkap kami persatuan2 jin'. So dapat disimpulkan di sini, jenglot dalam botol semua tu adalah penipu!

Peribahasa 'sejahat-jahat manusia, sebaik-baik jin' (peribahasa ke ni?) pun tak boleh dipakai. Jin macam manusia, ada yang maha jahat, ada yang pergi mengaji. Nabi Muhammad pernah buka kelas untuk jin2, kalau tak silap aku ada masjid nama Masjid Jin, ha kat situ lah dorang pernah belajar dengan Rasulullah dulu. Ada jin yang solat, manusia pun ada yang tak solat kan? -_-''. Ada satu kisah di Universiti Al-Azhar; kalau kau datang lambat ke kelas and kau nampak seat depan kosong, baiklah kau jangan duduk sebab jin2 da penuhkan ruang tersebut. Ini diakui oleh pensyarah dia sendiri. Antara dorang pun ada cita2 nak jadi doktor apa? =P

Sekarang kita tak nampak jin, tapi dia nampak kita. Akhirat nanti vice versa; dia tak nampak kita, kita pulak nampak dia. Woawww! Dari Malaysia jin boleh berulang alik ke Makkah dalam masa 20minit sahaja (berdasarkan cerita seorang ulama yang pakar bab2 jin ni). Kau mampu? haha. Kita boleh berkahwin dengan jin. It's true la! (maksud aku bukan boleh dari segi agama, tapi boleh, faham tak? haha. Mazhab kita haramkan perkahwinan dengan jin, mazhab lain tak haramkan tapi ada kata makruh) Ada satu kes di Malaysia, perempuan tu mengandung tapi takde suami (bukan anak luar nikah la). Bila ditanya mana suami, dia kata dia kahwin dengan jin. Erk! Another case; perempuan ni setiap kali senja akan bersiap lawa2 then duduk tepi tingkap cakap sorang2. Then bapak dia dengar dia cakap 'Ayah I tak bagi punya I kahwin dengan you'. Selepas berubat dengan seorang ustaz, Alhamdulillah boleh diselamatkan.

Nak cerita pasal jin ni, banyak sangat. Korang baca la sendiri, kalau tak silap aku buku tu tajuk dia lebih kurang; Dialog Abu Daud dengan Jin. Interesting! (aku tak baca lagi, ayah aku cerita hehe). Bermuda Triangle salah satu pusat conference dorang. 

Wallahualam. Family aku baik dengan seorang tokoh ulama negara kita. Banyak cerita dapat dari dia. Kami pun ada sikit masalah dengan makhluk ni and dia yang banyak membantu. Aku suka ayat dia 'yang sembuhkan penyakit ni bukan saya ye, Allah! saya usahakan je'. Ni la ciri2 ulama, tak pernah berpaling walaupun sesaat dari sisi Allah. :)

*semua dialog aku olah sikit dari cerita yang disampakan



2 comments:

  1. boleh ke kawin dengan jin? sebab dalam Quran kan kate, Allah menciptakan isteri2 dr jenis kamu sendiri?
    kalau aku, taknak lah kawin dgn jin. kejap2 kang hilang...hahaha

    ReplyDelete
  2. mazhab kite mmg haram, mzhb lain hkum die mkruh..mzhb lain pun kene pstikn jin tu btl2 islm..tu yg sush..yg penting, elakkn :)

    tp bnde ni mmg ad terjd

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance