Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 16 May 2011

Film Review; Cun!

hamboih hamboih! mentang2 next paper Khamis ni, orang lain sibuk buat kes review, hang sesenang hati buat film review noh! ah persyaitonkan kejap benda2 yang menyerabutkan kepala tu..ni nak habaq maiii, hangpa da tengok cita Cun dak?? ke ceq sorang yang baru duk kalut nak tengok?? hahaha..lepas tengok cita tu, rasa sedap pulak loghat Kedah nooo..hehe

da la Nadia, tukar slang..karang ada yang kene hempuk dengan orang Kedah sebab salah 'grammar'..mampuihh kena ligan satgi! haha


cerita dia?? alololo cweetnyaa weh..walaupun Atan (Remy Ishak) macam bangla sikit dalam tu, tapi tetap handsome weh..hemoh hemoh..boleh masuk dalam senarai hero pilihan hati cik Nadia haha..cerita dia environment sawah padi, hidup la cerita kat kampung tu..dengan semua cakap pure Kedahnya, memang mantopp!..siapa tak tertarik dengan mamat kampung yang pagi2 Imamkan solat Subuh weh?? habaq mai siapa tak nak laki camtu?? dasar buang tiket nak masuk syurga siapa yang taknak tu! haha

Luna (Maya Karin) tak nak comel pulak perangai dalam tu, da la cun, dengan pelat orang putih dia tu, cakap satu2, tapi attractive sangat! aku suka part dia naik motor kapcai race dengan si tonggek kampung..rambut ikat tocang dua, pakai shades, buat muka comel time race, siapa tak cair weh (eh Nadia kau lesbian ke?) haha..now I found out the reason apasal ada orang tu asyik cakap nak kahwin dengan Maya Karin je =P..dalam cerita tu, watak dia sangat comel! hihihihi (effect comel)

watak lain pun sama naik menjadinya..dengan Ryan (Jehan Miskin) yang sycho, Candy (Ning Baizura) yang gila glam, watak dorang memang menyakitkan hati sangat! menjadi la kiranya ;)  Tom (Faezah Elai) punya watak as perempuan ala2 ganas gitu, tapi tetap comel aihhh..dia suka Atan tapi sanggup lupakan demi Luna and Atan..perghhhh, hangpa sanggup wat lagu tu?? ceq?? ceqq err hmmm aaaaa, eh sanggup aihhh, ape pulak tak sanggup, mencintai tak bermakna memiliki (haktuihhh!) hahaha..kalau aku kat tempat Tom, aku pun sanggup kot sebab Atan bukan tahu aku suka dia, ala2 macam syok sendiri pun ada..tapi aku memang suka Remy Ishak oihh (tetiba dia masuk dalam senarai artis yang aku suka wuuu)

overall, cerita dia memang cun ah! ah cunnya cerita yang kau berikan, ah cunnya!..santai; kehidupan harian yang kelakar ada, sedih ada, touching ada, sakit hati ada, euwww euwww pun ada :) complete kan untuk di tengok sambil2 kunyah Super Ring?

siapa yang tak tengok lagi, pergi la download cerita tu..nak dari aku pun boleh, bak singgit! hehe..kalau nak, mintak je la..tapi jangan suruh email, hilang akai ka?? lambat oh loading! nak suruh aku poskan pendrive pun bukan permintaan yang relevant dengan arus globalisasi masa kini..orang yang terdekat dengan aku je la boleh..yang lain sila download sendiri okeh? haha

amboi Nadia, nama artis sekoq2 hang ingat..nama case bila nak ingat?? erk! okbye! =P





eh nak tengo Rio kejap la! bahahahaha

2 comments:

  1. ok..filem ni sgat bes ok...hehe..wlupn x tgok g..hahahha..kwan2 je la yg ckap...so skang arjuna tgah dwnload~~..lmbat beno plak abehnye..haha

    ReplyDelete
  2. haha..see, dr cter org pun rse best..so mmg best la..slmt menonton :D

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance