Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 14 May 2011

7 main stages in relationship (not based on own experience) =P *kindly refer to my previous entry*

lepas tengok video tu, hati aku 100% agreed dengan apa yang disampaikan..siapa yang pernah bercinta mesti pernah lalui stages2 ni..untung la kalau tak pernah rasa critical phase sebab terus kahwin..auuuww co cweet! ;D

1. Meeting
mustahil la kalau kita suka orang tu tanpa jumpa orang tu..tak kira la jumpa dalam bus ke, dalam shopping mall ke, dalam facebok ke, tejumpa dia through blog ke, what so ever lah..termasuk jugak case love at the first sight; lelaki tu nampak perempuan tu tengah pujuk seorang budak perempuan rambut tocang dua pegang lolipop yang tengah menangis sebab kehilangan mak ayah di pasar malam ;P..

2. The chase
selalunya stage ni laki yang akan ambil tindakan..tapi dalam dunia sekarang dengan perempuan2 yang berani serta berjiwa kental lagi disayangi masyarakat majmuk, kadang dia yang ngorat dulu..ada macam2 cara nak dapat attention orang yang kita suka..and mostly laki akan buat cara paling annoying (especially Malays)..buat2 salah number la, buat2 'eh muka you familiar la, you stay area Teronoh eh??', padahal Teronoh pun dia tak tahu kat mana agaknya! tak pun menganjeng perempuan tu..kalau makin lama tunjuk care and concern takpe, ni makin lama makin annoying, tak makan kasut, kau akan makan penampar..goodbye la kau! haha.. tolong la be matured and gentleman sikit kalau nak ngorat pun =P

3. Honeymoon
stage ni bila ada respond positive dari pasangan tu..perghhh!! butterflies in the stomach la, rasa semacam yang membahagiakan je..ni da tahap da keluar dating, texting 24 jam, sebelum tidur wajib call konon nak wish goodnite, padahal melalut sampai Subuh..makin ada respond positive makin berani la lelaki tu nak propose or kadang2 perempuan tu yang bagi hint! hamboih hamboih! kemainnnn ;) lepas officially declared, ape lageyyy?? seminit lepas tu terus tukar relation kat FB, maka berduyun-duyun la orang 'like' and dapat wish congrates, macam dapat anak pulak (ni bagi yang tak menyempat, kawan2 aku cool je, family da tau baru tukar, lagi sweet auuw auwww, sampai mak pun like haha)..time ni ada yang cakap dengan semut, gembira punya pasal kan, senyum sepanjang hari, jalan langgar tiang sebab ralit ber sms (ni gila)..I love you, I miss you tak lepas dari mulut..tak cukup tu, berduyun post kata2 cinta kat wall, sampai orang lain get annoyed; hoi korang ingat korang je ke bercinta? haha



4. Comfortable
makin lama kita dengan dia, makin kita selesa dengan dia..da tak sorok apa2 da macam first2 kenal dulu..macam dulu makan burger Big Mac Mc'D pun makan selapis-selapis; mula2 makan roti, tu pun cubit2 je, then kunyah sayur macam kambing, then baru makan daging, tu pun kunyah 44 kali hahaha..tapi bila da sampai kat comfort zone, hamekk ko, nganga sikit punya luas, sampai hidung pun makan sos! haha..time ni kentut depan dia pun slumber je bahahaha..

5. Tolerance
bagi aku stage ni kita da ada gaduh sikit2 and one of us mesti kena ada sikap tolerance, atau dalam bahasa mudahnya, sikap mengalah..time ni tak boleh salah sikit and kadang2 perempuan bersifat dominan..perempuan pun agak2 la, tak kan pakwe berak pakai jamban duduk or jamban cangkung pun kena bagitau kau!..semua nak ikut cakap dia je..sabarlah wahai lelaki2 yang penyabar, kata sayangg kannn? =P..tapi ada jugak laki yang buat hal..yela, da lepas fasa honenymoon segala, mula la merenyam nak try perempuan lain..kadang2 dia just main2, for fun la kononnya, al maklum la, kaum dorang ni 'naughty' sikit (yeke sikit?)..stage kejar mengejar, main tarik tali da lama dia tak merasa, so konon nak test market, padahal muka pecah rumah haha..awek akan kenal pakwe dia, sama ada dia main2 or he really meant it..tapi kalau dia da mengaku kat kawan2 dia yang dia single, tak perlulah nak baik hati sangat nak tolerate lagi, just kick him out of your life..he don't deserve a pretty girl with pretty brain like you! haha

6. Downhill
oh stage ni orang kata da macam jasad without soul, stage critical..tak balas message seminit pun melenting macam pasangan dia curang dengan anak jiran sebelah, 'hey you kenapa lambat reply message I 56 saat ha?? selalu tak macam ni, you message betina mana lagi ni?'..padahal laki tu baru kena tazkirah dengan mak sebab tak sembahyang subuh..tiba2 kena serang lagi, kalau gua pun tensyen bai! haha..time ni tolerate ke mana, janji2 manis ke mana..kalau perempuan stage ni dia da start down, laki kalau tak balun rokok 2 kotak, mungkin tengah flirt dengan perempuan lain..kan? haha

7. Breaking up
selamat tinggal sayang, selamat tinggal baby, kita da tak sehaluan, da takde persefahaman..haktuihhh! da 5 6 tahun bercinta, baru ko nak cakap takde sefahaman memang nak kena kapak dengan aku! ni memang kalau da tak dapat diselamatkan la..and lagi worst kalau masing2 da ada spare part yang menunggu..ada rim baru, goodbye la rim lama yang banyak buat hal kan??..time ni mula la; Senah has changed her status from in relationship to single..kalau perempuan hot ramai la laki like and masuk jarum, and kalau perempuan tu gedik, dia akan melayan haha..tapi ada jugak kes yang putus cuma sehari dan terus kembali..esok2 tengok kat wall dia ber i love you i miss you balik..cess! hangat2 tahi ayam! buat penat je aku simpati Y__Y..sebenarnya benda ni tengok jugak kepada kekuatan kasih sayang and jodoh korang hehe

yang betul2 broke up tu, mesti punyalah akan rasa rindu, terimbau kenangan lama, still stalk FB dia then kecewa dia ada orang lain dalam sekelip mata..biasa la tu derrr! apa2 pun, life must be go on..jodoh kat tangan Dia (ayat klise)..sebab tu ada orang kata jangan bercinta lama2 sangat..da sampai comfortable phase, baik korang kahwin! hidup lepas kahwin ni lain (ceh, macam pernah merasa)..bila kita ada komitmen, kita lebih bertanggungjawab..tak kan gaduh sikit pun nak cerai ye dak??..kalau in relationship ni, kita lagi banyak lepas tangan eh kau siapa?? bukan bini aku pun nak aku jemput balik and pergi kuliah..ha see? peace!

2 comments:

  1. sayang..i suka ni! nak pinjam..nak bg kat shak.hahaha..boleh kan.bagi dy tgk skali video tu..hoo

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance