Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 19 April 2011

pesta air, tradisi hari keputeraan Sultan Perak :D

selamat hari keputeraan yang ke berapa entah, Sultan ku! :D..aku duduk Kuala Kangsar, bandar diraja..time kecil2 aku suka gila bila nak hari jadi sultan..satu, mesti la sebab cuti kann..hehe..second, sebab ada pesta air youollss! dulu ayah aku kerja under pejabat sultan..bila ada apa2 event, ayah aku mesti kena in charge..maka dia bawa la kami sekeluarga teman dia buat kerja..

time tu aku cilok la pergi tengok pesta air..aku paling suka aktiviti lepaskan itik kat sungai Perak pastu orang ramai boleh berenang nak ambil..kalau kebetulan ada orang lalu naik boat, dia la kaut paling banyak tanpa perlu berbasah, untunglaaa =P..disebabkan aku pendek dan tak reti berenang, maka aku tak pernah mencuba nasib T__T..

ada aktiviti berenang seberang sungai..ada satu tahun tu dia invite 2 adik beradik perenang negara..susah oo berenang time tu, sebab arus deras..ceh Nadia, macam pernah merasa..haha..dari permerhatian aku la tu..then ada aktiviti apa ntah nama dia..dia pacak tiang tinggi dalam sungai, dan  kumpulan tu kene panjat atas kawan atas kawan atas kawan lagi sampai la dapat ambil bendera kat hujung tiang tu..tough tak tough la weh, da la tiang licin, badan kawan2 basah, asyik tergelincir je..hahahaha..orang paling bawah paling naya, mau terberak dibuatnyaa =P..kumpulan mana dapat dulu, dia la menang :D

ada jugak aktiviti, pacak tiang bentuk H dalam sungai jugak..nama pun pesta air kannn..dua orang duduk kat palang tengah2 tu, then pukul opponent masing2 dengan bantal, siapa jatuh sungai dulu dia kalah..haha..aku dapat rasakan benda tu sakit sebab bunyi dia boleh tahan, buk buk buk bak bukk gedebushhh! jatuh dalam sungai :D..acara paling borrinnggg lumba boat panjang yang ada kepala naga tu, antara sekolah2..selalunye budak laki la yang masuk..boring sebab duduk dalam boat je, tak basah! tak chill lah tak basah! haha..tapi lama dorang practice, dekat2 sebulan, kadang2 ayah aku yang supervise dorang..nasib la aku tak bernafsu lagi time tu, kalau tak bleh ngorat sorang dua..hahahhaha

tapi sekarang aku tak tahu ada lagi ke tak benda2 tu..lama gila aku tak pergi, ye la duduk asrama kan..time cuti pun kena pergi prep class, tak boleh outing..sungguh not me! =P..ada satu tahun tu, Sultan berarak naik bahtera buatan siapa entah, dari istana ke tempat pesta tu..amboi kemainnnn syok aku rasa..kahwin aku nanti, aku nak buat macam tu lah! ada bran nak tiru?? hahahhaha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance