Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 23 April 2011

meraikan habis ko-k di Langkawi :)

setelah sengsara selama 2 tahun setiap pukul 8 pagi hari sabtu kena pergi ko-k, akhirnya hari ni aku bebas dari cengkaman ko-k..yaribbaaa hongga hongga! :D jangan ditanya macam mana bebasnya rasa, macam kene lepas dari hukum gantung mandatori! haha over!

aku nak balik Perak sebenarnya sempena study week next week..apekah kau Beron?? study week next week, kau balik this week..hehe..parents aku bermurah hati nak ambil aku dekat Sintok dan melencong ke Langkawi! :D..last aku pergi Langkawi time form 2..kemainnn lama aku tak tinggal jejak kat sini..hehe

tadi dari UUM aku drive sampai K.Perlis..jalan straight je, kau nak drive tutup mata pun boleh sangat..dalam ferry ada pasang cerita best tapi belum sempat habis da sampai, rasa nak suruh dia round2 kat situ sampai cerita habis..haha

kitorang sewa apartment konon ingat ramai nak join, tapi semua ada hal..last2 tinggal aku 4 sekeluarga je, adik lelaki aku pun gatai tak nak ikut..kau ingat kau remaja habis la da tak ikut mak ayah! bluergggghh!..malam ni boleh tidur seorang sebilik -_-''..kalau aku tahu, baik aku angkut Cha dengan Chot datang sekali, boleh swimming bogel2 sama2 hahahahhaha

tadi aku pergi shopping kat pekan dia..tolonglah penat gila tau ikut orang perempuan shopping..beli chocolate pun 2 3 jam..kalau kat Perak lalu tempat chocolate pun tak, dasar hipokrit! hahaha..aku tak into sangat dengan choc, aku banyak beli biskut2 je..ada satu biskut tu dari Belgium huimakkooo sodap kemainnn..nikmat gila, perisa hazelnut..hehe..ok la, nak sambung bercuti ;) have a nice weekend people!

*jangan terkejut kalau aku bawa balik bakal suami instead of chocolate..haha..orang pulau handsem2 rupanya :D

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance